Tuesday, May 3, 2011

Pengalaman Bersalin Kali Kedua...

Dah lama rasanya tak update blog ni.. sekarang aku dah berpantang hari ke 15.. macam tak percaya kan.. sekejap jer semuanya berlalu... tiada lagi episod mengandung, skrg ni datang episod baru.. jaga baby... hehe..

Aku selamat bersalin pada 19 April 2011 lepas.. Meh sini aku cerita pengalaman aku ni supaya aku sendiri tak lupa nanti...

18 April 2011
Aku dah cuti dan lepak2 umah jer.. Bosannya mmg takleh ckp.. Hubby keje siang hari ni.. Aku mintak nak kluar jalan2 malam ni sbb nak bagi aktif sikit biar cepat bersalin.. Aku skrg @ 38 weeks+.. Mula2 hubby ajak kluar esok jerla, tapi bila dia tgk aku bosan sesangat, dia setuju la nak bwk aku dan twins kuar kejap.. Kitorang gi metropoint jer.. Lepak old town white coffee dan minum2 kopi feveret aku tu..

Balik umah, lepak2 jap terus tido.. Tapi ntah knapa aku takleh tido mlm tu.. Ingatkan sbb aku minum kopi.. Tapi bila perut mula rasa mengeras2 jek, aku dah mula pikir nak bersalin dah ker.. Baby pun bergerak2 aktif spanjang masa.. Pelik jer rasa.. aku takleh tido, terus on laptop dan saja tgk2 forum dan fb aku tu.. Dalam pukul 3 lebih pun aku takleh tido lagi.. ooppss.. dah masuk 19hb daa..

19 April 2011
Jam 4 lebih pagi, aku dah mula rasa semacam.. Aku amik timing rasa sakit tu sbb aku rasa itula sakit contraction... Rasa mcam lebih kurang jer masanya.. selang 10 minit aku sakit.. Tapi aku tak amik serius lagi.. Sebab takut false contraction jek..

Jam 6 pg, aku masih belum tido.. Mmg tak tido semalaman aku.. Kali ni sakit makin kuat.. Aku mcm dah confident dah nak bersalin ni.. Kejut hubby, tapi dia ngantuk sgt, mamai jek.. Dia tido balik.. Aku kira semula masa contraction, confirm dah selang 5 minit ni.. Mmg dah nak bersalin dah aku hari ni.. Pukul 7 terus aku mandi dan siap2.. Bagitau hubby aku dah sakit dan makin kerap.. So, hubby pun bangun.. Tapi kitorang still was2, sbb aku takdela show mcm kluar lendir +darah or pecah ketuban ker.. Just contraction yg makin kerap..

Pukul 9 pagi, kitorang terus decide nak gi annur.. Sarapan yg hubby beli pun aku dah tak selera nak makan.. Sakit dah makin kuat.. Tapi aku bole tahan lagi la.. Sampai annur, diorang wat ctg dulu kat emergency room.. Siksa sgt bila kena tahan sakit sambil tunggu ctg tu abis... Lama sgt rasanya.. Hubby lak tukang tgk2 bacaan graf ctg tu..

Dalam pukul 10 lebih, datang bidan check bukaan seviks aku.. Surprised jgk dgr dah 5cm.. Tak sangka dah besar tu.. So, aku terus dihantar ke labour room.. Kat sana terus salin baju dan berak setelah diberi ubat bontot oleh nurse.. Masa tu dah pukul 11 pagi..

Tak lama pastu, bidan datang tanya aku nak ambil epidural tak.. Aku yg konfius ni terus tanya dia, lama lagi tak aku nak tunggu 10cm tu.. Dia kata dalam 4-5 jam lagi.. Kebetulan masa tu aku rasa contraction yg kuat sangat.. Makin sakit dri yg sbelum ni.. so, aku terus stuju nak amik epi..  Hubby takde masa tu sbb dia gi register kat bawah.. Dalam 15 minit lepas tu, datang Dr. Ros yg akan wat epi utk aku... Dia cucuk kat belakang aku dan masukkan tiub kecil yg panjang.. Dalam 5 minit pastu baru rasa lega dan kaki rasa kebas2 sikit.. Dr. Fatimah sampai dan buat VE kat aku.. Dia pun mcm terkejut sbb serviks dah terbuka 8cm!! Waktu tu pukul 12.00 tghari.. Aku baru jek amik epi.. Rupa2nya dah 8cm.. Tapi aku still rasa sakit kat sebelah kanan perut aku.. Sakit sgt2 kat area situ padahal aku dah ambil epi.. Bila bidan tu tgk aku still rasa sakit yg kuat, dia offer utk tambah dos.. Aku iyakan jer sbb tgh sakit sgt.. Dia cucuk kat tangan aku dan tak lama pastu terus hilang sakit tu.. Tapi yg menjadi masalah, kaki aku terus kebas takleh gerak langsung, mcm nak kena czer plak.. Sah, aku terlebih dos dah ni.. camne nak bersalin nanti?...

Nak tunggu ke 10cm punyala lama.. Setiap setengah jam ada nurse yg check, tapi lum sampai 10cm jgk.. Kaki dah kebas sgt2 dan takleh gerak langsung.. Dalam pukul 2, Dr. Fatimah dtg lagi check aku.. Belum sampai 10cm lagi.. So, dia kata dia tunggu sampai pukul 4 nanti..
Lepas tu. aku dan hubby siap boleh tido lgi nak tunggu bersalin... Sbb epi tu kuat sgt, sampai aku tak sakit langsung dan takleh gerak langsung.. huhu.. siksa tau bila rasa badan takleh gerak.. Aku pun mamai jek sbb mlm tadi kan aku tak tido langsung..

Pukul 4 petang, bidan datang terus siap sedia utk bersalinkan aku.. hehe.. Padahal aku tgh mamai sbb tido jek.. Tiba2 terus kena bersalin.. Dia siapkan semua kelengkapan dan tiba2 jek mcm2 peralatan dah ada utk proses aku bersalin nanti.. Tak lama pastu, dr fatimah pun sampai.. Aku terus disuruh push, padahal aku tak sakit dan takde rasa apa2.. Sudahnya, aku salah push.. Mmg rasa susah sgt nak push.. Walaupun mcm2 kata semangat dari Dr. Fatimah, nurse2 dan hubby.. tapi aku mmg takleh push langsung... Akhirnya ntah camne baby kuar jgk dalam keadaan aku yg dah blur tu... Rupanya dr vacuum nak bagi baby kuar.. Sesi jahit menjahit pun aku tak rasa sakit sbb masih di bawah epidural.. Hubby terkejut sgt bila tgk luka episiotomy aku yg panjang tu... mengerikan... Pas siap dijahit, aku disuntik dgn ubat mengecutkan rahim dan pastu dibersihkan dan dipakaikan pad..

Aku dibiarkan dalam labour room wat seketika.. Lagipun aku still kebas kesan epidural.. Slepas baby siap dibersihkan dan diperiksa, terus dihantar pada aku utk breastfeeding.. Yg bestnyer, baby aku ni pandai terus menyusu dan kebetulan aku pun dah ada susu masa tu..

Bila rasa bius dah hilang, mulala rasa sakit... Perut aku mmg rasa sakit sgt sbb rahim mengecut cepat kot... Org kata lepas baby kluar dari perut, terus hilang rasa sakit.. Tapi aku terbalik plak.. lepas baby kuar dari perut, barulah terasa sakit yg amat especially kat perut dan tempat episiotomy tu.. huuhu.. Tu la penangan epidural..

Nama baby aku kali ni ialah Suci Adriana.... Sesuci kasih ayah dan mama............

Lahir pada 19 April 2011 jam 4.50pm

Berat semasa lahir 3.45kg

Dilahirkan di Hospital Pakar Annur, Bandar Baru Bangi..

No comments: