Sunday, July 31, 2011

Shopping Lampu/Kipas @ Houses Lighting Puchong

Semalam kami settlekan hal2 lampu dan kipas untuk rumah baru.. Bab ni yang paling remeh rasanya... Macam2 nak kena beli untuk satu rumah... So, kami menuju ke Houses Lightings kat Puchong..


Mula2 tengok kipas dulu.. Kena beli 7 biji kipas untuk satu rumah.. Bila dah tengok kat kedai, terus beli kipas brand lain pulak.. Tak sama dengan yang dah diberangankan selama ni.. hehe.. Kebanyakannya kitorang beli brand Alpha.. Kipas KDK cuma satu jek untuk master bedroom.. Pastu ada beli 3 kipas brand Cosa (anak buah brand Alpha) untuk 3 bilik lain selain master bedroom.. Beli sebab salesperson tu cakap brand ni ok dan ada waranty.. Lagipun brand ni bawah brand Alpha sebenarnya.. Pastu murah tapi cantik.. Kipas dia 5 blades dan ada remote sekali.. So, beli jerla untuk bilik2 lain tu..

Pastu sesi beli downlight, T5 dan segala cucu cicit lampu yang perlu kat rumah baru nanti.. Memang penat laaa... Sakit kaki berdiri lelama dan sakit leher sbb mendongak lama2 tengok lampu.. kehkeh..

Dah siap order barang, diorang akan kumpulkan barang kat depan kedai camni.. Pastu bermula la sesi checking barang.. Adoiiiyaii.. nak termuntah belek satu persatu barang tu.. tapi bagusla sebab takde masalah salah barang or barang tak cukup nanti kan.. Beli banyak sangat, memang kena check betul2.. Bayangkanla setiap downlight, T5, lampu2, kipas kitorang kena tengok.. Staf diorang pun nampak cekap jer buat kerja ni.. Dah memang kerja diorang kan....

En. Hubby dah penat tu.. Tengah tunggu barang2 lain.. Mesti dalam kepala dia fikir camne nak sumbat semua ni dalam kereta nanti.. kuikuikui...

Check barang lagiiiiii..

Bermula sesi punggah memunggah barang ke luar pulak...

Mak aiii.. banyaknyer.......... Camne nak bawak balik ni...

Bersusah payah diorang menyusun barang nak bagi muat satu kereta.. Kejap masuk, kejap keluarkan semula.. hehehe..

Habis penuh satu kereta......... Nasib baik muat2 semua barang tu...

Tu haaa kedainya.. memang sesak sikit kat kedai ni.. Ramai sangat orang datang beli lampu dan kipas.. Sampaikan ada nombor giliran untuk bayar..

Barang2 yang dah beli tadi... Simpan dulu kat rumah.. Habis penuh rumah dengan barang2 untuk rumah baru nanti.. Lega sangat dah settlekan hal yang besar2 camni.. Tinggal sikit jer lagi nak kena buat pasni.. ^_^

Sunday, July 24, 2011

Shopping Barang Elektrik @ Senheng

Lama tak update blog.. Rasa macam busy sesangat.. Memang busy pun... huhu.. Semalam pun penat berhempas pulas kerja.. Hari ni baru la dapat berehat2 kejap.. Esok dah kerja semula.. Huwaaaaaa..

Siang tadi dapatla mengajak En.Hubby menaburkan duit pada Senheng pulak... Apa nak buat, kalau masuk rumah baru, memang macam2 nak kena beli.. Kalau dapat free semua barang sekali dengan rumah takpe la jugak.. Ini tidak, semua kena beli... huhhuu..

Memandangkan kitorang suami isteri kategori malas nak survey banyak tempat, so kitorang beli-belah dengan riang hatinya kat Senheng hari ni.. Malas wooo nak pergi banyak2 tempat untuk beli sikit2 barang.. Beli banyak2 terus kan senang..... kehkehkeh.. Ayat orang pemalas...

Barang pertama kitorang tengok ialah peti sejuk.. Memang kena beli baru sebab peti sejuk sedia ada sekarang ni kecik sangat.. Memandangkan nak buat kitchen cabinet, baik beli size yang elok nak letak dengan kitchen cabinet nanti..

Mula2 aku ni berkenan dengan jenis yg kat atas ni.. Macam best jer.. Ada energy saving jugak.. Kaler hitam dah sama dengan kitchen cabinet aku nanti..  Gelap mata lak 'ek kalau masuk dapur nanti.. heheh..

Banyak jugak pilihan.. Ermmmm.. nak yang mana 'ek..

Ini budak dua orang manyak hepi wooo.. Lari2 dalam itu kedai macam diorang punya rumah juga...

Aku serahkan pada En. Hubby bab pilih memilih fridge ni.. Yang penting, cantik pada mata aku.. harhar..

Akhirnya, beli Panasonic Inverter jugak.. Memang dah lama plan nak beli jenis ni, pastu cancel kekononnya sebab byk dengar pasal brand ni dah tak setahan macam zaman dolu2.. Tapi ku beli jugak memandangkan energy savingnya paling ok berbanding yang lain..

Pastu kitorang beralih ke bahagian air-cond dan water heater pulak.. Sila lihat si kembar saya tu dengan senang hati duduk atas kotak barang2...

Tak berapa banyak design.. kitorang pilih jenis Alpha yang kaler silver tu.. terus beli dua untuk bilik air aku dan bilik air si kembar..

Air-cond pulak kitorang pilih Panasonic Inverter + Econavi untuk master bedroom.. Yang ni memang dah aim nak beli..

Dua air-cond lagi kitorang beli brand Hitachi.. Salesman yang layan kitorang cakap brand ni memang sejuk a/cond dia berbanding brand lain.. Lagipun brand ni dikira otai dalam mengeluarkan air-cond.. So, memang bagus la kot kan... Ni untuk kat living hall dan bilik si kembar..

Pastu ternampak cooler fan ni.. Rasa macam sesuai untuk letak kat family hall memandangkan kat situ siling tinggi sangat sampai takleh pasang kipas siling.. Beli jerla yang camni.. Nampak cantik sikit kan.. Tak taula boleh sejuk ker tak pakai kipas cam gini...

Barang seterusnya, beli cooker hob dan hood.. Kitorang malas nak banyak cerita.. Beli jerla brand Electrolux memandangkan ada promosi untuk pakej dia..

Lama tau kitorang berkampung kat Senheng ni.. Nasib baik sekarang ni Senheng tengah buat sale sempena raya.. Ditambah pulak aku ada kad membership Senheng.. So, makin banyak diskaun yang aku dapat.. hehehe.. sebab sebelum ni pun aku banyak beli barang elektrik kat sini.. Tambah nasib baik lagi, aku ada voucher RM100 yang dah dapat melalui pos bulan lepas.. So, pucuk dicita ulam mendatang la.. Dapat jugak jimat RM100.. Okay la tu kan...

Budak2 ni dah penat lepas dah puas berlari beratus2 meter dalam kedai ni.. Dah mula buat muka seposen dan sibuk mintak air.. Mama dia tak abis2 lagi shopping... kuikuikui.. Tu pegang bedsheet sorang satu.. dapat free pakcik Senheng bagi..

Yang ni pulak aku sesaje nak menambah barang.. Ternampak kat bahagian redemption point.. Terus decide nak beli rice cooker Panasonic ni memandangkan point aku banyak lagi dan tak pernah redeem pun..

Tengah test cooler fan kitorang.. Yang ni kena bawak balik terus laa dengan rice cooker tadi.. Takkan laa nak kena tunggu lori jugak kan.. kehkehkeh..

Lega sikit bila dah makin banyak barang yang dah settle beli... Harap2 cepat la settle semuanya.. Barang2 kat rumah sewa sekarang ni pun tak berkemas2 lagi... Adooiiyaii nyer punn amboi.. ^_^

Saturday, July 16, 2011

RUMAHKU SYURGAKU - Lorenzo

Nak update pasal rumah lagi yerr.. Sekarang ni memang busy sesangat menguruskan hal2 rumah baru nanti.. Kalau lambat, dah masuk bulan ramadhan, memang tak terlarat nak bawak badan nanti.. hehehe.. So, settlekan sekarang, nanti lepas raya boleh terus pindah..

Agenda kali ni, kitorang mendermakan duit pada Lorenzo pulak.. huhuhu... Kalau ikutkan bukan laaa mampu sangat nak beli barang2 Lorenzo ni.. Tapi sebab minat dan sebab fikir nak selesa dan senang hati kat rumah baru nanti, so... kitorang usahakan jugak laaa sampai dapat beli perabot kat sini...
Kitorang pergi Lorenzo Balakong, sebelah jer dengan Jusco Balakong.. Branch ni baru jer bukak.. Besar jugak.. Berbeza dengan Lorenzo yang ada dalam Jusco Balakong tu..
Ikut perancangan, nak beli sofa, meja makan, coffee table dan tv cabinet.. Konon2nya, kalau ada duit terlebih, nak juga merembat kabinet hiasan dia sekali... hohoho... Berangannnn jerr keje aku ni!!! Disebabkan ada banyak jenis sofa yang diorang display, aku dan En. Hubby sampai pening2 kepala nak pilih.. Sudahnya aku berkenan dengan sofa kat atas ni.. Tapi beli 3+2 jerr.. Tu pun dah jejak RM6k jugak.. Terbulat2 mata En. Hubby tengok harga dia.. hahaha.. Apa nak buat, berkenan punya pasal, pejam mata jer laaa beli.. huhuhu..
Pada aku dah cukup cantik dah.. Tapi pening kepala sekali lagi, bila sales person kat situ tanya nak kaler apa.. Memang niat di hati nak ambil kaler yang cerah2 macam selalu kuar kat majalah tuu.. Tapi terberkenan lakk dengan kaler display ni haaa.. Camne tu..
Nie pulak nak tunjuk kaler yang satu lagi aku berkenan.. Kalau ikut real punya, takderlaa cerah sangat macam dalam gambar ni.. Kaler dia cantik jugak tauu.. So, aku pun konfius laaa nak kaler tadi ker atau kaler nie... Adoiiinyerrr la punn...
Tiga kali tau aku tukar kaler.. Nasib baik sales person kat situ tak pening kepala sekali.. Sampaikan dia kata kalau balik rumah nanti nak tukar kaler lagi, boleh call.. Sebab dia akan buat order petang esok.. hahaha..
Akhirnya aku ambil kaler macam kat sofa belakang tu.. Leisure chair yang kaler hitam tu pun aku beli dua.. After less, dapatla harga RM875 untuk satu kerusi rehat tu.. Lagipun kerusi nie laaa yang buat aku nak sangat beli kat Lorenzo... Dapat jugak aku beli.. huhuu.. Bergolok bergadai jugak laaaa..
Yang ni pulak set meja makan kitorang pilih.. Memang macam nie laaa yang aku bayang2kan selama ni.. Tak sangka pulak ada kat Lorenzo ni.. Aku memang berkenan yang ada tempered glass dan steel.. Harga dia pun makk oiii..!!! Terbulat2 lagi mata En. Hubby aku tuu.. Siap telan2 air liur lagi.. kuikuikui.. Sales person yang layan kitorang pun tergelak sama tau.. Kalau orang lain mungkin biasa jer, tapi untuk kitorang, rasanya dah cukup mahal.. Kami ni orang biasa2 jerr.. Tapi kebanyakan harga barang2 Lorenzo ni memang ada less.. Kebanyakannya dalam 40% dan ada yang lebih jugak.. Jadi kalau harga tu RM6k, dapatla aku beli dengan harga RM3k..
Satu lagi perabot yang kitorang beli, coffee table kat atas ni.. Aku memang cari tempered glass kaler hitam.. Lagipun, coffee table ni sama design dengan dining set aku tadi.. So, beli jerrlaaa.. Nak beli tv cabinet kat sebelah tu dah tak mampu.. Rak hiasan pun tak dapat beli sebab memang dah lebih budget dah nie... sob.. sob.. sob..
Sekarang Lorenzo tengah buat sale besar2an.. Alhamdulillah, memang kebetulan waktu kitorang nak masuk rumah baru ni, semua tempat tengah sale.. Jadi, memang rasa berbaloi laa kalau aku beli barang waktu ni.. Harap2 bahagiaa laa aku waktu guna perabot2 ni nanti.. kehkehkeh...

Friday, July 15, 2011

RUMAHKU SYURGAKU - IKEA

Entry kali ni nak cerita pasal bershopping di IKEA hari Isnin lepas.. Tak sempat nak update blog sebab dah mula kerja... huhuhuuu..

Aku dah buat senarai barang2 yang nak dibeli kat IKEA ni.. Siap dengan harga lagi... Budget ciput, kena la kira betul2.. heheh.. Kat IKEA kitorang beli macam2 barang untuk lengkapkan rumah baru nanti..


Dua troli aku shopping kat IKEA.. Padahal banyak barang2 kecik jer, tapi penuh dua troli ni tau... Berat pulak tu nak tolak.. Sampaikan aku yang beralih2 bila aku tolak troli tu.. padahal troli tu tak gerak pun.. hahaha.. Berat betul..


Nie laa antara barang2 yang dah dirembat di IKEA.. Macam2 ada...

Sekarang ni IKEA tengah buat sales besar2an... Ada yang betul2 murah jugak.. Aku beli macam2 barang accessories dapur, bathroom, bilik tidur anak dan untuk decoration rumah..

Antara barang2 yang aku beli ialah barang2 accessories kat toilet macam towel rail, bathroom mirror, glass shelf, rak barang2 sabun & shampo, hanger for door.. Ada yang kena beli 3 pieces sebab nak lengkapkan untuk 3 bilik air nanti..

Pastu aku beli lak set cawan yang murah2 tapi cantik.. hehe.. Beli sebab nak raya okayy.. Kat IKEA ni barang2 dia memang jual betul2 ikut part.. Sampaikan screw pun kena beli asing.. Tu yang kat dalam box kaler oren tu, screw2 untuk gantung alatan toilet aku nanti.. Campur lak dengan rail kat kitchen dan macam2 lagi accessories la..

Untuk kembar ni aku belikan lampu hiasan bilik diorang nanti.. Tuuu.. dah peluk sorang satu dah punnn.. hahah.. Selain tu, ada jugak hiasan gantung kat dinding untuk letak barang2 mainan diorang.. Sangaaaatt la cantik dan cute..

Nie pulak cadar untuk kembar.. Katil dan wardrobe diorang pun aku plan nak beli kat IKEA.. Tapi dah habis stok.. So, next time kena datang lagi laaa.. ^_^

Yang kat atas ni table lamp untuk bilik aku dan hubby... Tengok harga dia macam okay jer, terus la aku merembat dua bendalah ni..

Mentol kena beli asing tauu.. Semua lampu2 dia jual asing dengan mentol..

Nie lak cermin hiasan kat dining hall.. Mula2 plan nak beli cermin besar.. Alih2 jumpa cermin petak2 camni.. Terus beli jerla sebab murah.. Kitorang beli 7 set (setiap set ada 4 pieces) .. Tak taulaaa camna En. Hubby nak tampal cermin2 ni satu persatu kat dinding nanti.. Tak jadi kang, siap la dia... kuikui..

Set cawan2 dan mug pun aku beriya beli.. hahar.. Aku bagi alasan nak pakai raya nanti.. Mug kat atas ni murah jer.. RM2.90.. Aku beli 6 pieces,, Aku target nak beli yang kaler hitam jugak, tapi bila gi IKEA cuma ada kaler putih jekkk.. huhuhu..

Banyak lagi nak dibeli kat IKEA ni.. Tapi semuanya barang2 besar.. Tak taula muat ker tak nak masuk dalam kereta nanti.. Penat wooo shopping kat IKEA ni.. Sakit2 badan aku tidur malam tu.. kehkeh..

Monday, July 11, 2011

RUMAHKU SYURGAKU - Red Apple Furniture

Sejak dua menjak ni, aku dan En. Hubby tersangaaaatt laaa sibuknya.. hehe.. Kitorang busy menguruskan tentang rumah baru.. Banyak hal nak kena uruskan.. Tiap2 malam before tidur memang asyik sakit kepala jer laaa.. Susah rupanya nak settlekan hal2 rumah ni..

Semalam, lepas pergi kenduri kawin member En. Hubby, kitorang terus tuju je Houses Lighting yang glamer sesangat tu kat Puchong.. gambar tak sempat snap sebab aku dah sakit kepala tengok lampu2 dan orang2 yang macam beli ikan kat pasar.. First time beb pergi kedai lampu tengok orang ramai berpusu2 dan siap ada sistem nombor macam kat bank tau!! hahaha.. Terkejut kitorang bila tiba2 dengar suara  ...  SATU KOSONG SATU DUA KAUNTER SATU... hahaha..Tak beli apa2 pun sebab fikir nak pergi semula masa weekdays jerla..

Lepas tu, kitorang pergi survey perabot untuk master bedroom. Perabot untuk living dan dining hall dah memang plan nak beli kat Lorenzo. Set bilik tidur jer laa yang pening sikit.. Akhirnya kitorang tiba kat Red Apple Furniture Balakong ni.. Tempat dia tersorok sikit, kalau tak tengok betul2, memang tak perasan, padahal tepi highway jer..

Kebetulan pulak diorang tengah buat promotion.. So, malas nak fikir panjang, kitorang beli terus set bilik tidur untuk master bedroom.. Lagipun free delivery tu... Senang kerja kitorang.. tarikh delivery pun kitorang bagi yang ngam2 sebelum nak masuk rumah nanti..

Ada 3 design, bole pilih2 nak yang mana.. Dalam set tu dapat katil, wardrobe, dressing table & stool dan 1 bedside table.. yang kitorang tambah sendiri ialah wardrobe berlaci tu dan satu lagi bedside table.. Mana cukup satu jer bedside table, kang bergaduh lak laki bini jeleskan sorang jer yg dpt bedside table.. harharhar..

Katil aku pilih macam yang kat gambar atas ni..

Wardrobe dia bagi dua set.. Yang kaler putih tu jer.. Tapi aku tambah satu lagi yang kaler coklat kat tengah tu untuk bagi cantik dan besar sikit wardrobe kitorang..

Yang layan kitorang tu Branch Manager rupanya.. Sangat laa pandai melayan kitorang..

Ni perabot2 lain..

Budak2 yang seronok.. Tambah lak staff kat situ bagi diorang air kotak dan gula2, memang happy memanjang jerlaa..


Gambar ni pakcik Google bagi... Takkan la Eric leong nak posing kalau aku yang suruh!! kehkeh..

Ni tilam yang kitorang beli sekali.. Tilam Goodnite Sleeping Partner design by Eric leong.. Dulu selalu keluar dalam program Deko Bersama Eric.. Memang dia promote Red Apple dalam program tu..

Harga masa promotion, tilam ni jadi RM900++ .. Harap2 best laa.. Tak tau laaa kalau tidur nanti termimpi2 Eric Leong lak.. Kahkahkah..

Okay, panjang lebar dah ni.. Hari ni nak settlekan design untuk dalaman rumah dengan kontraktor.. Pastu terus ke IKEA sebab tengah sale ni.. Lusa, aku dah mula kerja lepas cuti bersalin 3 bulan.. Hmmm.. Malasnyer nak kerjaaaaaaa...