Sunday, July 24, 2011

Shopping Barang Elektrik @ Senheng

Lama tak update blog.. Rasa macam busy sesangat.. Memang busy pun... huhu.. Semalam pun penat berhempas pulas kerja.. Hari ni baru la dapat berehat2 kejap.. Esok dah kerja semula.. Huwaaaaaa..

Siang tadi dapatla mengajak En.Hubby menaburkan duit pada Senheng pulak... Apa nak buat, kalau masuk rumah baru, memang macam2 nak kena beli.. Kalau dapat free semua barang sekali dengan rumah takpe la jugak.. Ini tidak, semua kena beli... huhhuu..

Memandangkan kitorang suami isteri kategori malas nak survey banyak tempat, so kitorang beli-belah dengan riang hatinya kat Senheng hari ni.. Malas wooo nak pergi banyak2 tempat untuk beli sikit2 barang.. Beli banyak2 terus kan senang..... kehkehkeh.. Ayat orang pemalas...

Barang pertama kitorang tengok ialah peti sejuk.. Memang kena beli baru sebab peti sejuk sedia ada sekarang ni kecik sangat.. Memandangkan nak buat kitchen cabinet, baik beli size yang elok nak letak dengan kitchen cabinet nanti..

Mula2 aku ni berkenan dengan jenis yg kat atas ni.. Macam best jer.. Ada energy saving jugak.. Kaler hitam dah sama dengan kitchen cabinet aku nanti..  Gelap mata lak 'ek kalau masuk dapur nanti.. heheh..

Banyak jugak pilihan.. Ermmmm.. nak yang mana 'ek..

Ini budak dua orang manyak hepi wooo.. Lari2 dalam itu kedai macam diorang punya rumah juga...

Aku serahkan pada En. Hubby bab pilih memilih fridge ni.. Yang penting, cantik pada mata aku.. harhar..

Akhirnya, beli Panasonic Inverter jugak.. Memang dah lama plan nak beli jenis ni, pastu cancel kekononnya sebab byk dengar pasal brand ni dah tak setahan macam zaman dolu2.. Tapi ku beli jugak memandangkan energy savingnya paling ok berbanding yang lain..

Pastu kitorang beralih ke bahagian air-cond dan water heater pulak.. Sila lihat si kembar saya tu dengan senang hati duduk atas kotak barang2...

Tak berapa banyak design.. kitorang pilih jenis Alpha yang kaler silver tu.. terus beli dua untuk bilik air aku dan bilik air si kembar..

Air-cond pulak kitorang pilih Panasonic Inverter + Econavi untuk master bedroom.. Yang ni memang dah aim nak beli..

Dua air-cond lagi kitorang beli brand Hitachi.. Salesman yang layan kitorang cakap brand ni memang sejuk a/cond dia berbanding brand lain.. Lagipun brand ni dikira otai dalam mengeluarkan air-cond.. So, memang bagus la kot kan... Ni untuk kat living hall dan bilik si kembar..

Pastu ternampak cooler fan ni.. Rasa macam sesuai untuk letak kat family hall memandangkan kat situ siling tinggi sangat sampai takleh pasang kipas siling.. Beli jerla yang camni.. Nampak cantik sikit kan.. Tak taula boleh sejuk ker tak pakai kipas cam gini...

Barang seterusnya, beli cooker hob dan hood.. Kitorang malas nak banyak cerita.. Beli jerla brand Electrolux memandangkan ada promosi untuk pakej dia..

Lama tau kitorang berkampung kat Senheng ni.. Nasib baik sekarang ni Senheng tengah buat sale sempena raya.. Ditambah pulak aku ada kad membership Senheng.. So, makin banyak diskaun yang aku dapat.. hehehe.. sebab sebelum ni pun aku banyak beli barang elektrik kat sini.. Tambah nasib baik lagi, aku ada voucher RM100 yang dah dapat melalui pos bulan lepas.. So, pucuk dicita ulam mendatang la.. Dapat jugak jimat RM100.. Okay la tu kan...

Budak2 ni dah penat lepas dah puas berlari beratus2 meter dalam kedai ni.. Dah mula buat muka seposen dan sibuk mintak air.. Mama dia tak abis2 lagi shopping... kuikuikui.. Tu pegang bedsheet sorang satu.. dapat free pakcik Senheng bagi..

Yang ni pulak aku sesaje nak menambah barang.. Ternampak kat bahagian redemption point.. Terus decide nak beli rice cooker Panasonic ni memandangkan point aku banyak lagi dan tak pernah redeem pun..

Tengah test cooler fan kitorang.. Yang ni kena bawak balik terus laa dengan rice cooker tadi.. Takkan laa nak kena tunggu lori jugak kan.. kehkehkeh..

Lega sikit bila dah makin banyak barang yang dah settle beli... Harap2 cepat la settle semuanya.. Barang2 kat rumah sewa sekarang ni pun tak berkemas2 lagi... Adooiiyaii nyer punn amboi.. ^_^

1 comment:

Cik Puan Farhana said...

SALAM , nak tanya lah kak.. akak beli kat sengheng mana ek? pakai kad kredit ker? boleh share tak.. saya nak beli ak, tapi kalau kena guna kad kredit tak mampu lah..