Thursday, June 30, 2011

MaKan MeGi

Hari ni En. Hubby keje malam.. Aik, bila suami keje malam jek, mesti ku apdet blog!! kehkeh.. Bukan pe, sekadar mengisi boring.. Lagi pun En. Hubby mesti akan baca blog aku ni... Dah memang keje dia ngadap komputer sepanjang masa.. mestila kadang2 dia jenguk blog aku kan.....

Petang tadi pegi ambil kunci rumah baru... Kisah rumah akan ku apdet di entry yang lain yer...

Nak citer menu spesel aku malam ni.. Megi kari!!! kahkahkah... Punyer la malas tahap gaban.. Ku masak megi sudahla.. Makan pun sorang2 jek.. Lagi pun penat tengok rumah tadi pun tak hilang ni..

Inila rupanya.. Aku masak yang bertumis punyer tau... Tak sedap kalau makan megi kosong jek.. Aku tumis cili api, bawang merah & bawang putih.. Pastu masukkan rempah kari megi dan teruskan tumis sampai bersin!! heheh.. memang menyengat bau dia.. Tiap kali masak megi memang bersin non-stop.. Pastu masukkan air.. Kalau ikut acuan aku, satu cawan air cukup untuk sebungkus megi.. Kalau lebih air, kureng la rasanya.. Pastu, bila mendidih, masukkan telur sebiji, campur sikit kicap manis dan akhirnya masukkan megi.. Kalau ada sawi lagi best.. tapi hari ni takde sawi la plak..

Pada aku sedap dah ni.. hahahaaaa.. Masa duduk dengan kawan2 sekerja dulu, ada kakak yang pandai masak tu kagum tengok aku (yang tak pandai masak ni), dapat masak megi sedap2.. hahaha..

Akak tu kata :
"Akak tak pandai masak megi tau.. Pandai awak masak megi yer.."

Aku jawab :
"Memangla akak tak pandai masak megi, sebab akak masak makanan yang canggih2 jer, megi camni sure akak tak layan.. Saya yang tak tau masak ni, memang layan megi jer la.. huhuuu.. "

Kepada En. Hubby, jangan jeless ayang makan megi.. kehkehkeh..

Saturday, June 25, 2011

MakaN2 @ iCe RoOm BaNdaR BaRu BanGi

Hari ni patutnya En. Hubby cuti, tapi dia kena kerja shift malam pulak ganti staf lain yang cuti.. Apapun, sempat jugak pergi makan2 kat Ice Room Bandar Baru Bangi.. Nie first time makan kat Ice Room okeyy..

Nie la rupanya Ice Room Bangi.. (gambar pakcik google bagi)


Bila dah sampai jer, mestila baca menu dulu... Beriya2 aku membelek menu dia.. Macam2 makanan jugak ada kat sini... Rambang mata nak pilih..


Anak bapaaaakkk...

Untuk aiskrim, kitorang order peanut snow ice.. Okayla jugak rasa dia.. Tapi memandangkan aku tak berapa minat sangat kekacang ni, pada aku rasa dia biasa2 jerr.. Aiskrim kat sini tahan lama tau.. Lambat cair..

Laparr... Order Famous Fried Rice... Kan main lagi nama dia.. Rupa2nya bila sampai, nasi goreng cina daaa... kehkeh.. Rasa dia memang macam nasi goreng cina la.. harharhar..

Yang kat gambar atas ni pulak Chicken Spaghetti with Cream Sauce.. Kan main lagi aku menyebut nama hidangan ni.. Aku ikut sebijik2 macam dalam menu laa.. Rasa dia ok, sedap jugak.. Sesuai untuk anak2 aku..

Kan aku kata aku konfius nak pilih mana satu, at last satu lagi dish kitorang order Black Pepper Chicken Chop.. En. Hubby kena ikutkan jerla.. maklumla, nak rasa 3 dishes yang berbeza.. Masakan local, pasta dan western.. Pada aku sedap jugak chicken chop ni...


Kakak suka makan spaghetti..

Lepas makan2 sampai kenyang, pegi round2 Lorenzo kat Balakong lak.. Tapi lupa nak snap gambar.. Excited betul pilih2 perabot kat Lorenzo tu.. huhuhu.. Tak sabar nak order.... Oklaa.. chow chin chau...

Thursday, June 23, 2011

XTVT Kami Hari Nie...

Hari ni En. Hubby keje malam.. Tapi dia kena bangun cepat jugak sebab baby ada appoinment checkup kat KK pukul 3 petang.. Balik dari checkup, hantar baby balik rumah dan bawak la si kembar tu kuar makan pulak.. (Nampak sangat mama diorang tak masak hari nie.. huhuu..)

Pergi tempat feveret kitorang jerla.. Kat Metropoint Kajang.. Tu la yang dekat dengan rumah.. Lagipun En. Hubby berkejar nak gi kerja lak lepas ni..

Makan kat Kenny Roger's.. Adik Kakak suka makan macaroni & cheese..

Adik yang sentiasa ceria nak berposing...

Kakak kurang ceria lak.. Agaknya dah puas nangis sebab tak dapat ikut kitorang masa bawak baby checkup tadi..

En. Hubby peneman setia saya sepanjang masa...



Lepas makan terus balik rumah... En. Hubby terus gi kerja.. Aku lak rehat2 jap.. Lepas Maghrib terus masak rendang ayam...

Nie la rupanya rendang ayam aku masak tadi.. Saja tak masak kering sangat, sebab esok nak kena panaskan lagi.. Lagipun rendang ni lauk untuk esok sebab En. Hubby kan kerja malam ni...

Kepada En. Hubby yang sedang bekerja tu, silala menjamu mata dengan rendang ayam saya ni yer... Takut esok abang balik kerja dah habis lakk.. kehkehkeh...

Pukul 10 mlm aku terus naik bilik sebab malas dah nak layan tv.. Baby pun resah jer tak dapat tido nyenyak.. Si kembar tu mulala main macam2 dah malam2 gini.. Sempat diorang main tudung.. Pandai lak tu pakai sendiri...





Sekarang ni pun diorang tgh bising main2 lagi...lantak korangla.. Mama dah tak larat nak melayan.. Baby pun takmo tido ni... huhuuu..

Tuesday, June 21, 2011

MeNu HaRi Nie...

Aku ni termasuk dalam kategori tak pandai masak.. Tak tahula apsal, aku memang tak pandai masak sejak dulu lagi.. Masa Kawin pun, aku still tak pandai masak... Nasib baik suami aku memang jenis faham dan terima aku seadanya... ( tak taula kalau dalam hati dia rasa tak best ke.. huhu..)

Tapi sekarang ni aku semakin rajin cuba memasak.. Simple2 jer dan tu pun beriya2 follow resepi... kuikui.. Aku suka tengok anak2 aku makan masakan aku..  lebih2 lagi kalau diorang makan sambil cakap "dap...dapp..." heheh..

Petang tadi aku buat muffin chocolate cheese utk anak2.. Dapatla 9 biji jek... Okla tu.. Aku ni sekarang dah mula minat bab2 baking ni..  Sampai sanggup beli oven.. Mana tak peliknya, rumah pompuan tak suka masak sejak azali macam aku ni ada oven!!! Cayalah.. Tapi pengetahuan sedia ada aku ni zero ok.. So, aku cuba jaya jerla mana2 resepi kat internet..

Pastu, aku tergerak hati nak masak spaghetti carbonara.. Bahan2 dah ada.. So, aku tibai jerla ikut suka aku..

Sos dia aku pakai instant punya jer... Prego Carbonara.. Pastu aku suka2 tambah bawang besar dan bawang putih utk tumis.. Then masuk jerla daging kisar dan sosej.. Aku tambah lak dengan cheese dan oregano sikit.. Sedap jugak jadinya...

Kakak memang suka makan mee.. Dia nampak jer spaghetti tu, terus jerit2 minta mee...

Uitt... Comotnyer... Dahla rambut panjang belum sempat gunting... Serabai sungguh la budak ini...

Adik yang kuat makan.. Tapi dia tak seexcited kakak makan spaghetti ni.. Nak posing jer lebih.. huhu.. Ikut perangai sapa la nieee..

Tengok tuuu.. Gaya jer lebih adik ni... Tapi makan bersepah... harhar..

Untuk En hubby dah masak lauk simple jer.. sambal telur pecah.. Lagipun lauk kari daging semalam ada lagik.. Tambah plak dengan spaghetti ni.. Sila balik dengan kadar segera yer En. Hubby kerana anak2 anda sedang menghabiskan makanan yang ada... ;)

Monday, June 20, 2011

SeLamaT HaRi BaPa

Entry kali ni ditujukan khas untuk ayah paling best di dunia!! heheh.. Suami tercinta laa... saper lagi...

Selamat Hari Bapa sayang!!!! Ayang harap abang akan sentiasa jadi bapa yang paling best di dunia... ;)

Ayang hargai semua bantuan dan sokongan abang dalam menjaga dan membesarkan anak2 kita... Walaupun abang penat, tapi abang tetap layan anak2 dan uruskan diorang, dan dapatla ayang bole tido nyenyak2.. heheh..

Anak2 pun semua manja dengan ayah dia.. Lagi2 budak kadik ni... Ayah la segalanya untuk dia... huhu.. Yerla, ayah kan penyayang.. The best ayah in the world!!!

Kalau anak2 sakit pun, ayah boleh uruskan sendiri tanpa mama.. Bawak anak ke klinik pun selalunya ayah gi sendiri tanpa mama.. Bagus betul ler lelaki ini... Suami sapa la nie!!! kuikuikui..



Inila ayah yang boleh uruskan anak2 dan sentiasa tolong mama mandikan baby, tukarkan pampers, bangun malam  bagi susu anak.. semua dia boleh buat.. Mama pun senang hati dapat rehat dan tido lama2 lagi.. Kehkeh...



Walaupun ayah yang sorang ni kadang2 garang, tapi peratusan penyayang dia melebihi peratusan garang.. Sebab tu dia ni jadi feveret anak2.. Mentang2la mama diorang ni terlebih garang... huhuuu..

Penat dah ni bodek abang, takde apa2 elaun tambahan ker nak bagi mama ni?.. harhar..


Semoga abang sentiasa diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan sepanjang hidup bersama kami semua.. Kami sayang abang @ ayah!!!

SELAMAT HARI BAPA sayang....

Wednesday, June 15, 2011

JaLaN2 PuSinG IKEA




Memandangkan En. Hubby dah amik cuti panjang untuk temankan aku jalan2, hari ni kitorang nak jalan2 kat IKEA.. Rasa macam best sangat dapat pergi sini, sebab kitorang kan dah nak pindah rumah baru.. Mestila aku excited tengok barang2 rumah.. Sambil cedok idea camne nak decorate rumah baru kitorang tu nanti.. Sampai2 jer kat IKEA terus tuju ke food court dia dulu.. Nak makan meatball IKEA yang popular sangat tue.. kuikuikui..

Nie la rupanya meatball dia.. Mula2 makan memang rasa sedap sangat.. Tapi disebabkan aku tamak, beli sampai sorang sepuluh biji, sudahnya rasa muak la pulak... Adoii laa..

Ni plak sesaje order.. konon2 lapar bebenor..

Tak cukup dengan yang kat atas tu, tambah lagi dengan chicken wing lak.. Konon2 nak bagi kembar makan, sudahnya mama & ayah dia yang melantak.. heheh..

Muka orang lepas pantang yang beriya2 nak makan semua benda... Punyala nak lepas stress sebab dah penat berpantang.. huhuu..




Bukti menunjukkan duit telah didermakan kat IKEA ni..

Lepas makan, kitorang pun jalan2 kat showroom dia.. Memang seronok untuk aku laa.. Tapi anak2 aku si kembar tu pun bukan main happy jer.. Semua tempat diorang jelajah..






Rak kasut.. Boleh jugak guna yang camni kalau tak buat built-in.. Tapi aku takut kasut aku tak cukup nak simpan dalam rak kasut camni... Harharhar.. Banyak betol kasut aku yerk...


Aku berkenan kat wardrobe cam gambar atas ni... Kaler dia coklat hitam.. Memang nampak cantik sangat... Terus dapat idea untuk master bedroom kitorang nanti.. Nak buat tema kaler cam ni jugak.. Coklat hitam..

Berkenan jugak kat katil budak2 cam ni... Sesuai kot untuk adik kakak.. Aku berkenan nak amik yang kaler putih camni..


Lampu kat dinding tu pun aku berkenan.. Murah jer.. Bolehla letak kat bilik kakak adik nanti.. ( Padahal, tak tahu la diorang bole tidur bilik sendiri ker tak nanti... )

Aktiviti wajib di mana2 pun, kena layan diorang main2 dulu kalau jumpa bendalah ni..


Makin seronok la anak2 aku main macam2 mainan kat sini.. Dah macam pegi taman tema lak.. Hahaha..


Dah abis meround, kitorang beli curry puff IKEA ni kat tingkat bawah.. Sekeping RM 1.. Boleh tahan sedap...

Lepas jalan2 kat IKEA, kitorang terus ke The Curve.. saja pusing2 jap.. Hasilnya budak2 kembar ni dapat main kereta ni lak.. Tapi kesian anak2 aku.. Diorang tak pandai tekan pedal.. Sudahnya, minah yang jaga tu tukarkan keta yang boleh guna remote control..




Anak2 aku ni happy jer sepanjang jalan.. Suara diorang jer la yang dengar kat mana2.. hehe.. Yang kesiannya, anak2 aku ni tak pandai cakap lagi.. Diorang asyik dengan bahasa Jerman diorang tu je.. Padahal badan dah besar panjang, tapi cakap yang bukan2.. Sian diorang.. yang penting, hari ni diorang happy sangat dapat jalan2.. On d way balik ke Kajang, diorang tidur jer.. Penat sangat la tu... Mama diorang ni pun penat tau... Tapi HAPPY dapat jalan2 dengan yang tersayang........