Wednesday, June 15, 2011

JaLaN2 PuSinG IKEA




Memandangkan En. Hubby dah amik cuti panjang untuk temankan aku jalan2, hari ni kitorang nak jalan2 kat IKEA.. Rasa macam best sangat dapat pergi sini, sebab kitorang kan dah nak pindah rumah baru.. Mestila aku excited tengok barang2 rumah.. Sambil cedok idea camne nak decorate rumah baru kitorang tu nanti.. Sampai2 jer kat IKEA terus tuju ke food court dia dulu.. Nak makan meatball IKEA yang popular sangat tue.. kuikuikui..

Nie la rupanya meatball dia.. Mula2 makan memang rasa sedap sangat.. Tapi disebabkan aku tamak, beli sampai sorang sepuluh biji, sudahnya rasa muak la pulak... Adoii laa..

Ni plak sesaje order.. konon2 lapar bebenor..

Tak cukup dengan yang kat atas tu, tambah lagi dengan chicken wing lak.. Konon2 nak bagi kembar makan, sudahnya mama & ayah dia yang melantak.. heheh..

Muka orang lepas pantang yang beriya2 nak makan semua benda... Punyala nak lepas stress sebab dah penat berpantang.. huhuu..




Bukti menunjukkan duit telah didermakan kat IKEA ni..

Lepas makan, kitorang pun jalan2 kat showroom dia.. Memang seronok untuk aku laa.. Tapi anak2 aku si kembar tu pun bukan main happy jer.. Semua tempat diorang jelajah..






Rak kasut.. Boleh jugak guna yang camni kalau tak buat built-in.. Tapi aku takut kasut aku tak cukup nak simpan dalam rak kasut camni... Harharhar.. Banyak betol kasut aku yerk...


Aku berkenan kat wardrobe cam gambar atas ni... Kaler dia coklat hitam.. Memang nampak cantik sangat... Terus dapat idea untuk master bedroom kitorang nanti.. Nak buat tema kaler cam ni jugak.. Coklat hitam..

Berkenan jugak kat katil budak2 cam ni... Sesuai kot untuk adik kakak.. Aku berkenan nak amik yang kaler putih camni..


Lampu kat dinding tu pun aku berkenan.. Murah jer.. Bolehla letak kat bilik kakak adik nanti.. ( Padahal, tak tahu la diorang bole tidur bilik sendiri ker tak nanti... )

Aktiviti wajib di mana2 pun, kena layan diorang main2 dulu kalau jumpa bendalah ni..


Makin seronok la anak2 aku main macam2 mainan kat sini.. Dah macam pegi taman tema lak.. Hahaha..


Dah abis meround, kitorang beli curry puff IKEA ni kat tingkat bawah.. Sekeping RM 1.. Boleh tahan sedap...

Lepas jalan2 kat IKEA, kitorang terus ke The Curve.. saja pusing2 jap.. Hasilnya budak2 kembar ni dapat main kereta ni lak.. Tapi kesian anak2 aku.. Diorang tak pandai tekan pedal.. Sudahnya, minah yang jaga tu tukarkan keta yang boleh guna remote control..




Anak2 aku ni happy jer sepanjang jalan.. Suara diorang jer la yang dengar kat mana2.. hehe.. Yang kesiannya, anak2 aku ni tak pandai cakap lagi.. Diorang asyik dengan bahasa Jerman diorang tu je.. Padahal badan dah besar panjang, tapi cakap yang bukan2.. Sian diorang.. yang penting, hari ni diorang happy sangat dapat jalan2.. On d way balik ke Kajang, diorang tidur jer.. Penat sangat la tu... Mama diorang ni pun penat tau... Tapi HAPPY dapat jalan2 dengan yang tersayang........

No comments: