Friday, June 3, 2011

Botol Susu Baby

Masa si kembar baby, memang tak ada masalah nak bagi diorang minum susu formula guna botol sebab tak lama diorang breastfeeding.. Setakat 2 minggu jer.. Pastu, disebabkan aku meroyan tak larat nak menyusukan baby twins setiap jam, terus bagi botol jek.. Sebab hubby or mak boleh tolong bagi susu kat diorang jugak.. Takdela aku terbeban sorang...

Baby kali ni aku dapat bagi dia susu ibu sampai sebulan tanpa campur susu formula.. Tapi lepas sebulan aku decide nak campur botol sebab senang nanti bibik nak jaga dia kalau aku dah kerja.. Tapi baby tolak takmo minum susu formula yang aku bagi.. Aku cuba susu Isomil.. Aku ingatkan sebab rasa susu tu yang dia tak suka.. So, hubby pun mencari la susu lain.. Cuba pulak susu Snow.. Pun sama jugak.. Mula2 minum, tapi lepas tu dia taknak.. Lepas tu, kitorang terpaksa guna susu Nan H.A sebab baby ada ekzema (sama macam kakak).. Pun sama, dia menangis2 takmo minum susu tu..

At last, baru aku terpikir, dia tak nak susu formula tu ker atau dia tak suka puting botol tu?.. aku try perah susu badan dan bagi dia minum guna botol susu dia.. Dia takmo minum langsung!! Barulah aku tau, rupanya dia takmo minum sebab puting botol tu..

Aku memang dah beli siap2 botol Avent ni masa pregnant dulu.. Tapi sayangnya, baby tak suka botol ni.. Isk..isk.. Mahal tu siap beli 2 lagik...

Lepas try menggoogle tentang botol susu yang mirip puting ibu, aku try beli botol MAM..

Ni lah rupanya botol yang aku beli..


Pilihan botol untuk newborn (anticolic)

Harga dia dalam RM37 kot.. dah lupa lak.. Bila bagi kat baby, elok jer dia minum susu tu.. Fuhhh.. lega sangat rasanya... kalau tak, risau fikir camne nak tinggalkan baby dengan bibik nanti.. Memang bagusla botol ni.. Sebab dia design puting tu lebih kurang macam puting ibu..

No comments: