Saturday, June 11, 2011

XTVT BiLa eN. SuaMi CuTi...

En. Hubby ku kerja ikut shift.. 4 hari kerja, 4 hari cuti.. Bila dia cuti, aku yang hepi.. hehehe.. Dapat jalan2 dengan famili..
Khamis lepas, plan nak tengok wayang berdua jek dgn hubby, tapi timing tak kena lak.. Takmo balik malam sebab baby tinggal dgn bibik.. At last kitorang lepak makan2 kat Nando's The Mines..


Tak dapat minum ais... huhu.. kena pantang ais sampai 100 hari..

1/4 chicken dengan peri chips.. Yummy...

Hari Jumaat lak, kitorang keluar lagi dengan anak2 pulak.. Baby kena tinggal dengan bibik lagi.. Tunggu dia besar sikit baru confident nak bawak jalan2..

Posing jap kat luar rumah...

Dah sampai Jusco Cheras Selatan.. Jusco ni dah macam rumah kedua aku dah.. hehe.. Tiap2 minggu mesti ada pergi sini.. Kadang2 sampai 3,4 kali dalam seminggu tu aku singgah sini..

Aktiviti utama hari ni nak karaoke kat Green Box.. Tempat ni pun port kitorang sefamili melepak sambil karaoke.. Saja nak happy2.. Dulu selalu karaoke berdua jek dengan hubby, sekarang si kembar pun dah join sama.. Tapi diorang tak reti nyanyi lagi.. kihkih..

Tunggu mama register.. Dah booking awal2 tadi.. Takut penuh, sebab cuti sekolah ni budak2 sek ramai..


Rate kat Green Box ni RM20++ per person.. Itu untuk Happy Hour ( pukul 1 - 5 ptg), hari Isnin - Khamis.. Kitorang pegi hari Jumaat, rate dia lain, jadi RM22++ per person.. Pada aku berbaloi sebab rate tu untuk 3 jam karaoke termasuk free drinks & tidbits.. Macam2 ada kat situ.. Air banyak jenis dan tidbits dia pun banyak.. Amik jer mana suka.. Sampai kembung minum macam2 jenis air.. hehe.. Tapi itu untuk Happy Hour la.. Kalau pukul 6 ke atas, dah jadi lain.. Siap ada buffet utk dinner lak.. Rate dia pun lebih mahal la..


Walaupun dah ada free tidbits, tapi aku nak makan fries.. so, kitorang order makan plak.. Meriah dah bilik kitorang dengan makanan.. hehe..


Diorang ni happy la dapat makan jajan banyak2..

Mama suruh kakak nyanyi, tapi tak kluar langsung suara dia.. harharhar..

Adik sempat tidur lagi.. Tak tau la dia ngantuk sebab merdu sangat ke nyanyian mama & ayah dia or sebab tak tahan dengar suara kitorang menyumbangkan lagu.. hahaha..

Lepas karaoke, bawak kembar main bendalah ni kejap... Tahun lepas, diorang melalak naik bendalah ni.. Malu wooo.. Sekarang dah tak nangis lagi.. Takmo turun pulak tu!!


Diorang pegi tengok bendalah lain konon2 pilih nak naik mana satu.. Ayah korang dah ajak balik.. Tak dapek den nak nolong.. Main lain kali jerla..

Dah sampai umah pun sempat posing lagi si adik ni... heheh..

No comments: