Sunday, September 23, 2012

JaLaN-JaLaN MeLaKa

Kitorang pergi Melaka masa cuti Hari Malaysia minggu lepas.. Alasan utama aku ialah aku nak cari kipas tangan untuk persembahan tarian... Dengan berani dan konfidennya aku mintak En. Suami bawak kitorang pergi Melaka... Nasib baik dia setuju jugak...
( setelah aku merajuk dua hari + cakap dengan nada sayu sambil kelip-kelip mata...) hahahahah...

Untuk bagi tak nampak macam "apakejadahnya gi Melaka semata-mata nak beli kipas!!!"... Aku plan laaa percutian kecil-kecilan untuk famili aku.. Kitorang stay Hotel Equatorial Melaka.. Dekat sangat dengan Dataran Pahlawan.. Memang betul2 di kawasan bersejarah Bandar Hilir.. Kalau ikutkan org2 muda atau pasangan tanpa anak2, memang elok sangat laaa boleh berjalan jer dari hotel untuk round2 Bandar Hilir tue.. Sangat best kalau dapat tengok semua tempat bersejarah tu tau.. Kitorang takleh nak buat macam tu sebab anak-anak kecik dan berderet... Huahuahuaaa..


Sampai-sampai makan MCd dulu... Hmmmm... Jalan jauh2 makan mcd jugak!!


Dah sampai hotel... Kitorang check-in dulu dan lepak2 jap.. Konon nak suruh budak2 tido dulu supaya tak meragam nanti.. Tapi tak tido pun diorang ni.. Excited terlebih sudaaa..



View dari balkoni bilik... Kaler kelabu tu Melaka Mega Mall.. Bersambung ke Dataran Pahlawan..


Petang tu, kitorang terus jalan kaki ke Dataran Pahlawan.. Tuju terus ke Heritage Gallery.. Kipas! Kipas!!!! Tu kannn tujuan utama kitorang ke Melaka.. heheheh..

Tengah pilih kipas...
 
Macam2 ada kat sini... Aku rasa macam nak beli semua jerrr... Seronok bila tengok barang2 kat situ.. Ada kerepek2, keropok ikan, belacan, cencalok, barang2 kraftangan mcm kipas, payung, tudung saji, topi, baju2, barang hiasan rumah... Gerammm jer tengok!!!



 

Malam pulak, kitorang plan nak ke Jonker Walk.. Rasanya macam best jer kalau pergi situ.. Kitorang naik beca dari hotel.. Sini banyak beca.. Tourist kat hotel ni ramai yang naik beca jer utk jalan2..


Dah sampai Jonker Walk.. Terlampau ramai orang.. Bersesak2 dan panas sangat.. Kesian kat anak2 aku laaa sbb penat berjalan.. Tak beli apa pun sbb situ kawasan cina.. Aku tak minat sgt barang2 dia.. Lagi best kat Heritage Gallery tadi...


Lepak jap kat kawasan bersejarah Bandar Hilir... Lepak sambil berfikir nak naik beca ker or nak jalan kaki balik ke hotel..... Hmmmmmm...


Memandangkan beca mahal sangat.. Kitorang gigih laaaa balik jalan kaki.. Paling kesian anak2 aku laaa.. Jauh gak bila berjalan kaki.. Si Suci tu plak, takmo letak... Nak berdukung jerrr 24jam.. Hadoiiilaaa..

Kat A'Famosa.. Kat area sini gelap lak..

Balik hotel, terus naik kereta, kitorang tuju ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai.. Dah pernah makan sini dulu..  So, kitorang nak makan sini jerlaa..

Sampai2 dah lambat.. aroung 10.30 malam... Tapi orang masih ramai...

Balik hotel dah pukul 12.00 tgh malam... Mngantuk sudaaaa...


Pagi, kitorang check-out awal sikit... Round2 naik kereta jer laaa.. malas nak singgah2 melawat.. Lagi pun aku memang biasa ke Melaka.. Ni la tempat dating aku dan En. Suami dulu... hikhikhik..
Gambar2 kat bawah ni semua snap dalam kereta jer..




Hotel kitorang duduk...


Balik singgah ke Jusco Bandaraya Melaka...

Sempat lak anak2 aku main2 kat sini.. Rate dia RM8.00 per entry.. Takde limit masa pun.. 





Dah penat main2, kitorang pun balik laaaa ke KL semula... Tak puas laaa bercuti.. Rasa nak gi holiday lagi nanti....

Inilah watak utama dalam cerita ni... Muahhahahaa.. Dapat beli jugak akhirnya...






Thursday, September 6, 2012

DeKo2 Raye...

Bunyi tajuk entry aku nie macam gempak jer kan.. Tapi sebenarnya takde yang spesel pun... Rasanya macam tunjuk deko yg sama jer macam sebelum ni... Sesaja nak share kat blog aku ni.. Sebab ni blog aku kan.. suka hati aku laaa nak tulis apa.. Muahhahaa..

Masa bulan puasa, aku busy shopping baju ahli2 keluarga aku yang ramai neh... Aku, en. hubby, dan 3 org anak... Penat wooooo... Banyak kali pergi shopping complex.. Sampaikan raya kedua pun aku still ke Jusco utk shopping baju raya.. Adehh laaaa... Oppppsss.. Lupa nak cerita, raya ari tu kitorang berkampung di KL jer... Sob sob... En. Suami kerja la pulak.. Dapat balik kampung beraya masa hari raya ketiga.. Okay la tu kan.. At least balik kampung jugak...

Lepas raya pulak, aku ni kemaruk nak deko rumah.. Aiiisey... Apsal lak excited terlebih.. Macam laaa ada org nak beraya rumah aku nie... Tapi kalau bukan aku yang pikir pasal deko rumah, sapa lagi yer tak??? Hmmmmm...

Penat cerita, layan gambar jer laaaa... Sebenarnya sikit jer tambahan yang aku dapat buat..

Masih simple macam biasa... Aku tambah carpet kat meja makan tue.. Then, kat tepi sudut cermin tue aku letak lampu hiasan...



Carpet kat ruang ni kitorang beli kat Nilai.. Bukan Nilai 3, tapi kat area Ice Room Nilai.. Sangat laaa berbaloi aku rasa.. Sebab kitorang dapat harga RM300 jer.. Dah banyak tempat pergi semuanya dalam RM500 ke atas... Yang ni, dia letak harga RM450. Kitorang mintak diskaun.. Dia kata boleh.. Dia tanya anak aku yang kembar tu nak harga berapa.. Si kembar tu jawab 3!!!! Sebab en. suami aku bagi isyarat tangan 3 kat dia.. Terkejut kitorang bila org kedai tu cakap okay.. Dia bagi rm300.. Waaahhhh.. Sangat happy okay... 

Bunga nie aku beli siap jerr.. Kat Nilai 3.. Macam2 tempat aku pergi.. Macy, SSF, etc... Last2 kat Nilai 3 nie jugak yang memikat hati.. Hehehee.. Secara real, sangat cantik tau.. (pada pandangan mata aku) Baru laaa nampak seri sikit rumah aku nie...

Lampu hiasan tepi dinding tu harganya RM100 jer... Beli kat Nilai 3.. Pakai bulb warna-warni.. Cantik jugak bila menyala....


Kerang-kerangan nie aku beli masa round SSF Home Deco.. Tak banyak barang beli kat situ.. Harga boleh tahan.. Asyik kerut2 muka jer bila tengok harga... Beli bekas kaca ni dan kerang sepeket.. Pastu aku tabur jer laaa dalam tu...

Bunga kecik ni aku beli kat kedai yang sama di Nilai 3 tu.. Okay laaa kan.. Boleh matching dgn bunga besar tadi tu.. Harga dia dalam RM60 lebih...

Bunga ni laaa aku aku berkenan.. Banyak bunga hiasan kat kedai tu yang aku suka.. Semua nampak modern dan cantik2.. Harga pun rasanya okaylaaa.. Berbanding kedai deko mahal yang aku pergi.. ^_^

Frame putih tu dah setahun aku beli kat IKEA.. En. Suami jer yang malas nak gantung... Hadoiiilaaaa... Bila aku cakap biar aku jerlaaa ketuk paku kat dinding tue.. Terus dia cepat2 buat... Hehehehe.. Dia risau aku buat onar kat dinding rumah!!! Muahhhaaaha..

Bunga dalam pasu tu aku beli kat SSF.. Harga memang mahal la kan.. Tambah sikit lagi dah sama harga dengan bunga pasu besar tadi... Humanggg aiiii... Telan air liur japppp... Rugi lak rasanya...



Barang terakhir yang kitorang beli, kusyen kerusi POANG tu haaa... Beli kat IKEA laaa kan.. Kerusi POANG tu kan produk IKEA... Dah lama beli kerusi ni.. Cuma ganti cover jek.. rasa okay lakk corak hitam putih camni... Matching dengan tema kitorang...

Langsir tak terlintas nak tukar lagii... Biarlaaa dia duduk situ dulu dalam dua tiga tahun lagi... Heheheee..