Sunday, March 27, 2011

ChickenPox & Kami....

Kisah aku dan chickenpox dan sebulan lebih berlalu... Mula2 ingatkan cuma aku seorang yang kena memandangkan kitorang memang jaga sangat taknak berjangkit.. After two weeks aku kena, hubby dan si kakak pulak yang kena.. Nasib baik diorang tak teruk, kena sikit jer.. Sembuh pun cepat..
Lepas seminggu lebih, si adik pulak yang kena.. Sian adik, dia kena teruk macam mama jugak.. Habis semua tempat penuh dengan bintik2 berair.. sampaikan dalam mulut dan lidah pun ada.. Itu yang menyebabkan dia asyik mengamuk sebab tak dapat makan.. Adik ni hobi dia makan.. haha... bila dah takleh makan sebab sakit mulut, dia mngamuk habis. Sampai dicampaknya makanan tu.... huhu.. sian betul...



Nasib baik adik memang tak kisah makan ubat.. Dia yang lebih2 mintak ubat bila dia terasa sakit.. Tapi hari ni dia dah semakin sembuh... tinggal bintik berair yang besar2 kat tapak tangan dia jer.. Rasanya cukupla kisah kami dan chickenpox.. semua ahli kluarga dah kena gara2 mama yg kena jangkitan dulu..

Friday, March 25, 2011

Makan2 @ Chili's

Ni citer minggu lepas... sejak makin sarat ni, selera makan aku makin menjadi-jadi.. tak taula sebab emosi tak stabil sejak kebelakangan ni ker, atau saja nak makan puas2 sebelum berpantang nanti.. rasanya dua2 mmg sebab utama kot...
punyala banyak menu yg aku senaraikan setiap hari.. nasib baikla en. hubby rajin melayan selera aku ni.. jadi hari ahad lepas aku nak makan kat chili's... berangkatla kami ke midvalley petang ahad tu.. alang-alang ke midvalley, dapatla aku jenguk sekali motherhood expo kat situ..


Inilah hidangan kami...

Flame-Grilled Ribeye for me... ( besar betul selera makan aku ni.. huhu..)

Southwestern Grilled Lamb for my hubby...

Molten Chocolate Cake sebagai dessert kami... Sedap bangat...

memang best bila citer pasal makan.. yang tak bestnya bila berat badan makin bertambah... huhu.. dapat ker nak turunkan balik ke berat asal lepas berpantang nanti... hope so...

Thursday, March 3, 2011

SHOPPING ONLINE

Entah kenapa, bila pregnant jer mesti aku rajin online.. maklumla nak search info tentang pregnant dan baby.. Bila dah selalu online, rajin la pulak aku nak shopping barang2 yang susah nak pergi beli sendiri..

Setakat ni, aku dah beli nursing bra, barut baby, set bersalin NR dan bengkung..
Nursing bra dan barut baby aku dah beli bulan lepas... Selepas seminggu baru sampai barang sebab tokey online tu agak busy dan ada barang yang aku order tu takde stok.. so, stelah confirmkan barang melalui telefon, terus dia hantar pesanan aku tu..

Untuk set bersalin NR pulak, aku beli sekali dengan bengkung roda mia.. Kali ni berkobar nak berbengkung memandangkan bersalin yang dulu tak merasa nak buat semua tu..

Jom layan gambar..

Ni set baru dapat tadi.. Beli Set Bersalin NR dan Bengkung Mia.. Bagus betul servis diorang, baru beli online kelmarin terus dapat hari ni..

Ni bengkung roda mia..


Ini pulak set bersalin NR.. Kali ni nak guna semua yang ada dalam set ni betul2 masa pantang nanti..


 Beli set bersalin ni dapat sekali dengan panduan-panduan macam dalam gambar di atas ni..


Bengkung roda mia..


Ini pulak barut baby yang aku beli sekali dgn nursing bra..

Macamni la rupanya barut babyku.. Macam besar kan... lagi satu agak tebal jugak.. Harap2 ok dgn baby nanti...

Tuesday, March 1, 2011

Kena Chickenpox di Saat Kandunganku 30 Minggu

Mula-mula aku ingatkan semua tu biasa jer.. aku sakit-sakit badan dan rasa lemah jek.. Ingatkan itu semua sebab kandunganku yang semakin membesar.. Sampaila aku jumpa biji-biji berair di tangan dan ada sikit kat badan.. Bila tunjuk kat hubby, terus dia ajak pergi klinik...

Akhirnya doktor sahkan aku kena chickenpox.. takut betul bila fikirkan yang aku ni mengandung.. macammana dengan baby?.. aku search topik chickenpox di internet dan rata-rata mengatakan bahaya untuk wanita mengandung dan baby terdedah dengan macam2 risiko.. sedihnya...  tapi ada sedikit rasa lega bila aku baca kandungan yang di peringkat awal yang berisiko.. dan juga berisiko kepada wanita mengandung yang hampir dengan tempoh melahirkan.. aku kena masa kandunganku 30 minggu... harap-harap baby selamat..

Seksanya bila kena chickenpox di saat umur dan lanjut ni... aku demam 3 hari tak kebah2.. bergantung pada ubat demam jer.. tapi itupun tak bertahan lama.. bintik2 berair tumbuh beribu2 kat seluruh tubuhku.. termasukla dalam mulut dan tekak.. sakitnya tuhan jerla yang tau... stress juga bila bintik2 berair tu penuh kat muka.. bertompok2 muka aku skrg ni bekas parut chickenpox tu.. sedih betul.. nasib baik hubby rajin jaga aku sepanjang aku sakit.. sampaila aku kena tahan wad... barula demam aku hilang..

setakat ni suami dan anak2 termasuk bibik tak terkena jangkitan chickenpox aku.. maybe sebab aku memang tak sentuh anak2 aku dan diorang tidur dengan suami kat bawah.. aku tidur sorang2 dalam bilik.. aku taknak anak2 pun kena.. kesian diorang nanti.. jadi, anak2 memang banyak masa dengan bibik berbanding aku.. rindu betul nak peluk diorang...

Ni info chickenpox yang aku dpt hasil google dari internet..

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala 
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.