Sunday, November 18, 2012

AktiviTi KaRaoKe kaMi..

Kali ni nak share tentang aktiviti @ hobi kami sekeluarga pada masa lapang... hehe.. Kitorang suka berkaraoke sama2.. Memang selalu sangat kitorang pergi karaoke nie.. Dah jadi hobi tetap dan berpencen lak aku rasa... kehkehkeh...

 
Nie gambar lama dulu.. Nak tunjuk kitorang beratur depan greenbox.. hehehe..

Kitorang selalu pergi ke Greenbox di Jusco Cheras Selatan.. Walaupun takdelaaa besar mana sangat, tapi kitorang selesa kat situ. Kitorang selalu pergi waktu "Happy Hour". Happy Hour ni kalau kita pergi dalam pukul 1 - 5 petang.. Rate dia bergantung kepada hari.. Kalau weekdays biasa, RM20++ untuk satu kepala. So, kalau kitorang pergi sefamily, kena dalam 40++ laaa.. Anak-anak aku free.. Happy Hour ni dapat free drinks & tidbits.. Sangat laaaa seronok.. sebab anak2 aku makan minum non stop.. Macam2 jenis air dan tidbits yang boleh ambil sesuka hati.. Pastu kitorang boleh nyanyi 3 jam.. Kadang2 dia bagi 4 jam.. Aku pun tak berapa tau, bila masa yang dia akan bagi 4 jam lak.. Kalau rate mahal macam weekend atau public holiday, memang biasanya dia bagi 4 jam terus.. Berbaloi laaa pada aku kan....
 
Kadang2, kitorang pergi waktu "Normal Hour".. Normal hour ni dari jam 6 petang sampai malam. Rate dia mahal sikit, tapi dapat sekali buffet dinner tau.. Hambek laaa sesuka hati nak makan apa pun.. Macam2 ada.. Rate normal hour ni dalam RM32 - RM48  ++ bergantung kepada malam apa yang korang pegi.. Kalau malam minggu or malam public holiday, mmg mahal laaa.. Nak murah gi malam weekdays.. Dahla murah, dapat nyanyi sampai habis masa kol 2 pagi.. Tapi takde laa aku tunggu sampai 2 pagi kan.. kehkehkeh... Rate tu aku agak2 jer yer.. Sbb aku tak brapa ingat...

Gambar-gambar kat entry ni bercampur-campur.. Ada yang gambar tahun-tahun lepas.. Aku rojakkan jer laaaa kat sini yer... Jangan ada yang konfius lak kenapa anak aku kejap besar kejap kecik.. Muahhhahaaa..

















 Aku memang selalu ke sini.. Aktiviti santai kitorang sefamily.. Kadang-kadang, kalau nak beli barang, aku keluar bilik jap, beli brg kat Jusco dengan senang hati sbb takyah bawak anak2 sekali.. Aku biar diorang dalam bilik karaoke tu dgn En. Suami jer.. kikikikiii..

Tu jer laaa nak cerita yer.. sekiannnn..

Friday, November 16, 2012

BiLiK si KeMBaR

Semalam dapat laaaa kemas rumah sikit-sikit... Susah nak dapat masa untuk berkemas ni.. Sbb tu bersepah jer memanjang... hehe..

Kali nie nak share gambar bilik budak twins... Simple jer punnn... Tapi tak kira, nak share jugakkk.. ^_^

Masa nie budak-budak nie baru bangun tidur.. Mentang-mentanglaaa mama cuti sekolah yerr...

Katil adik... Tepi tingkap..

Katil kakak.. sebelah dinding pintu bilik.. Selamat dahhhh dinding tu kena conteng dengan ini budak!! Hadoiiilaaa..

Kebanyakan barang dalam bilik anak-anak nie aku beli kat IKEA..

Katil, tilam, cadar, langsir, soft toys semua beli kat ikea..

Gambar anak2 aku tempah kat fb jer.. sepatutnya 3 pieces gambar tue susun dekat2 baru nampak cantik.. tapi aku asingkan ikut katil diorang. jadi nampak kecik jerlaaa gambar diorang..

Itik tergantung nie pun beli kat ikea..

Lampu bunga dan boxes 123 pun ikea gak..

Alas kaki dan bakul merah tue pun dari IKEA. Dah macam showroom IKEA dah bilik anak2 aku nie..

Almari baju nie aku beli kat kedai perabot area rumah aku jer... Dapat cari kaler putih gak ..

Itu jer laaa yang ada dalam bilik anak-anak aku.. Bilik diorang pun tak besar mana.. Kecik jerr.. Yang penting diorang hepi nak tidur bilik sendiri.. Senang kerja aku.. Sejak pindah rumah ni, umur diorang 3 tahun, memang diorang dah tidur bilik sendiri..Kadang2 diorang pandai-pandai tidur sendiri bila aku penat sangat atau banyak kerja nak buat.. Bagusss betul laaa anak-anak aku nie haaa.. Sayang sangat kat diorang... ^_^

Tuesday, November 13, 2012

Kenangan Terindah....

Akhirnya, sampai juga masa untuk aku berhijrah... Aku dapat bertukar ke tempat bertugas yang dekat dengan rumah aku ni.. Dah 3 kali mohon, tiba-tiba kali ni dapat pulak,.. Patutnya aku hepi laa kannn.. Tapi bila tau jer dapat, aku rasa macam ada kupu-kupu dalam hati ni haaaa... Sedih laaa pulak..

Aku dah semakin selesa dengan tempat kerja sekarang ni.. Dah boleh terima apa lebih dan kurangnya di sini.. Tapi masalah jarak yang jauh menyebabkan aku sgt cepat letih dan tak dapat uruskan famili sebaiknya... Akhirnya, aku berpindah jugakkk... Huwaaaaaa...

Di sini aku nak kongsikan antara kenangan-kenangan terakhir di SKSI2... Seminggu sebelum bercuti sekolah, memang mendung jer laaaa dalam hati aku ni... Entry ni untuk kenangan aku supaya aku tak lupakan perasaan mcm sekarang ni sampai bila-bila...

Kumpulan Tarian Satu Malaysia..

Hasil kerja seni persembahan aku yang terakhir di SKSI2

Dah rasa sayang sangat dengan budak2 comel ni semua...

Tinggal kenangan bersama murid2 tarian...

Kenangan jamuan PSS bersama K. Shidah dan K.Ima, semua org kuat PSS..

Kenagan semasa Majlis Persaraan C. Zulperi (merangkap hari terakhir aku di SKSI2)

Sempat pulak laaa aku menyanyi utk majlis C. Zul.. Padahal aku pun nak pindah nie haaa..

Hadiah daripada murid-murid SKSI2.. Ada ramai yang menangis.. Terharu sgt... Memang ada yang dah rapat sangat dengan aku, walaupun aku ni garang mcm singa.. Huahuahuaaa..




Kad ucapan ni buat aku menangis.. Daripada murid yang selama ni aku marah setiap hari sbb dia nakal dan selalu lawan ckp aku.. Dia tak pernah salam aku atau pun berbual-bual dgn aku.. Dah macam2 aku usahakan utk jadikan budak ni lembut hati dan bleh terima nasihat aku.. Tapi hari terakhir sebelum cuti, dia bersalam dgn aku.. Beriya-iya aku pesan mcm2 pada dia.. Rupa-rupanya dia ada bagi kad ucapan ni yang terselit celah-celah hadiah budak-budak lain.. Terharu sgt2!!!!!!

Yang ni kenangan Majlis Jamuan Akhir Tahun BKGK, 2012



Nampak tak mata aku berair tu.. tengah nangis sebenarnya... huhuhu..

Tema Arab.. Tapi aku tak sempat nak cari tudung/selendang ala-ala arab... huhuhu.. Baju rasanya dah ok kot.. hehehe..

Tinggal kenangan... Banyak peristiwa pahit manis yang aku lalui bersama mereka semua... Walau ada yang mengguris hati, tapi tak dapat mengatasi kenangan terindah sewaktu bersama mereka.. Aku sayang setiap seorang yang ada dalam SKSI2.. Aku yang serba kekurangan ini memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukan.. Moga, kenangan aku bersama SKSI2 kekal dalam ingatan semua..