Akhirnya, sampai juga masa untuk aku berhijrah... Aku dapat bertukar ke tempat bertugas yang dekat dengan rumah aku ni.. Dah 3 kali mohon, tiba-tiba kali ni dapat pulak,.. Patutnya aku hepi laa kannn.. Tapi bila tau jer dapat, aku rasa macam ada kupu-kupu dalam hati ni haaaa... Sedih laaa pulak..
Aku dah semakin selesa dengan tempat kerja sekarang ni.. Dah boleh terima apa lebih dan kurangnya di sini.. Tapi masalah jarak yang jauh menyebabkan aku sgt cepat letih dan tak dapat uruskan famili sebaiknya... Akhirnya, aku berpindah jugakkk... Huwaaaaaa...
Di sini aku nak kongsikan antara kenangan-kenangan terakhir di SKSI2... Seminggu sebelum bercuti sekolah, memang mendung jer laaaa dalam hati aku ni... Entry ni untuk kenangan aku supaya aku tak lupakan perasaan mcm sekarang ni sampai bila-bila...
Kumpulan Tarian Satu Malaysia..
Hasil kerja seni persembahan aku yang terakhir di SKSI2
Dah rasa sayang sangat dengan budak2 comel ni semua...
Tinggal kenangan bersama murid2 tarian...
Kenangan jamuan PSS bersama K. Shidah dan K.Ima, semua org kuat PSS..
Kenagan semasa Majlis Persaraan C. Zulperi (merangkap hari terakhir aku di SKSI2)
Sempat pulak laaa aku menyanyi utk majlis C. Zul.. Padahal aku pun nak pindah nie haaa..
Hadiah daripada murid-murid SKSI2.. Ada ramai yang menangis.. Terharu sgt... Memang ada yang dah rapat sangat dengan aku, walaupun aku ni garang mcm singa.. Huahuahuaaa..
Kad ucapan ni buat aku menangis.. Daripada murid yang selama ni aku marah setiap hari sbb dia nakal dan selalu lawan ckp aku.. Dia tak pernah salam aku atau pun berbual-bual dgn aku.. Dah macam2 aku usahakan utk jadikan budak ni lembut hati dan bleh terima nasihat aku.. Tapi hari terakhir sebelum cuti, dia bersalam dgn aku.. Beriya-iya aku pesan mcm2 pada dia.. Rupa-rupanya dia ada bagi kad ucapan ni yang terselit celah-celah hadiah budak-budak lain.. Terharu sgt2!!!!!!
Yang ni kenangan Majlis Jamuan Akhir Tahun BKGK, 2012
Nampak tak mata aku berair tu.. tengah nangis sebenarnya... huhuhu..
Tema Arab.. Tapi aku tak sempat nak cari tudung/selendang ala-ala arab... huhuhu.. Baju rasanya dah ok kot.. hehehe..
Tinggal kenangan... Banyak peristiwa pahit manis yang aku lalui bersama mereka semua... Walau ada yang mengguris hati, tapi tak dapat mengatasi kenangan terindah sewaktu bersama mereka.. Aku sayang setiap seorang yang ada dalam SKSI2.. Aku yang serba kekurangan ini memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukan.. Moga, kenangan aku bersama SKSI2 kekal dalam ingatan semua..
1 comment:
Salam Jumaat Norie, thx sgt2 coz ade kawan yg sudi kasi semangat n nasihat kat saya...
InsyaAllah, saya akan kuatkan semangat utk hadapi saat bersalin nnt, Amin... doakan saya!
Saya bakal ibu kembar, InsyaAllah.. moga saya kuat hadapi semua dugaan n ujian Allah ini...
Post a Comment