Friday, July 1, 2011

RUMAHKU SYURGAKU - Survey kitchen cabinet @ Unity Design

Hari ni aku sambil kesempatan nak tengok2 kitchen cabinet di Unity Design. Showroom dia ada kat Prima Saujana, Kajang. Dekat jer dengan rumah aku sewa sekarang ni..

Aku tau pasal Unity Design ni pun dari forum yang aku selalu jenguk... Memang cantik2 kitchen cabinet diorang.. Selama ni baca kat forum jer, tak sangka lak dapat berurusan terus dgn diorang ni.. Lagipun aku tak puas hati bila kontraktor semalam yg bagi quotation merapu kat aku.. Bila aku tanya pasal KC 3g jer, mesti dia kata "mahaaall"... Aku tanya banyak kali brapa kos dia,.. "Aiiiyaaa.. mahal maa.. dalam 30 ribu!!!" Terus merudum semangat aku nak teruskan niat dgn 3g tu.. Tapi dalam hati konfius jugak, mahal bebenor ker KC 3g ni.. Konfius... konfiusss..

Aku yang tak puas hati ni, terus survey kat internet.. Unity Design ni memang popular di internet.. So, ada jerla info pasal diorang ni.. Aku terus decide nak pergi showroom diorang kat Prima Saujana..

Ni antara KC yang ada kat sana... Sangat laaaa berkenan dan menusuk kalbu aku ni... seperti yang aku idam2kan selama ni... Dalam hati berdebar nak tau total cost brapa..

Design lain.. Tapi aku tak minat ni.. Nak yang konsep moden jugak..


En. Hubby yang beriya2 membelek semua benda.. KC ni dipamerkan menghadap tingkap depan showroom diorang..

Nak tengok apa lagi tu yaaaang...

Selain KC, diorang ada buat wardrobe jugak... Cantik2 jugak.. Tapi tak sempat nak bincang semua sekali dalam masa yang singkat ni.. Sempat dapatkan quotation untuk KC jer.. Kitorang dah bawak floor plan siap2..

Entah apa laa En. Hubby tu merapu... heheheh..

Diorang siap buatkan 3d design untuk kitorang tengok.. Sangat profesional okayy.. Aku nak KC jenis 3g kaler hitam.. So, diorang designkan ikut besar dapur aku yang sekangkang kera tu.. kuikui.. Akhirnya, angan2 kitorang tu ditayangkan kat monitor ni.. Aiiyark, gambar aku amik tak cantik langsung... Kamera tak canggih!!! kuikui.. Salahkan kamera lakk..

Total cost yang di estimate kan untuk kitorang, dalam RM10k lebih.. Itu untuk 3g door dan table top solid surface.. Haiiiyyaa.. Manyak lega dengar itu harga.. Berbunga2 hati aku nak deal dgn diorang ni.. Tak sangka diorang boleh bagi harga yang reasonable.. Lagipun dapur aku kecik jer, takkan laaa sampai 30k kosnya... kehkehkeh... Nampak sangat kontraktor semalam tu penipu...

Ni, gambar grafik 3d drawing yang diorang dah sediakan ikut citarasa aku... Hmmm.. nampaknya macam jadi jer dengan diorang nii... Harap2 laaaa..

3 comments:

[leily.laily] said...

cantik design2 kitchen kabinet tu..
ekceli, sy pn sdg sebey kitchen kabinet gak.. tp bajet yg murah2 aje.. huhuhu
kenan ur picca yg no.3 tu, rase seswai kot ngan ruang kecik.. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan segalanya.. =)

Iena Norie said...

yup, mmg cantik.. kalau tgk yg real punya, lagi laa cantik... company ni ada kluar impiana dapur keluaran julai.. :)

Iela Fazielah said...

serius mmg cantik...