Friday, July 15, 2011

RUMAHKU SYURGAKU - IKEA

Entry kali ni nak cerita pasal bershopping di IKEA hari Isnin lepas.. Tak sempat nak update blog sebab dah mula kerja... huhuhuuu..

Aku dah buat senarai barang2 yang nak dibeli kat IKEA ni.. Siap dengan harga lagi... Budget ciput, kena la kira betul2.. heheh.. Kat IKEA kitorang beli macam2 barang untuk lengkapkan rumah baru nanti..


Dua troli aku shopping kat IKEA.. Padahal banyak barang2 kecik jer, tapi penuh dua troli ni tau... Berat pulak tu nak tolak.. Sampaikan aku yang beralih2 bila aku tolak troli tu.. padahal troli tu tak gerak pun.. hahaha.. Berat betul..


Nie laa antara barang2 yang dah dirembat di IKEA.. Macam2 ada...

Sekarang ni IKEA tengah buat sales besar2an... Ada yang betul2 murah jugak.. Aku beli macam2 barang accessories dapur, bathroom, bilik tidur anak dan untuk decoration rumah..

Antara barang2 yang aku beli ialah barang2 accessories kat toilet macam towel rail, bathroom mirror, glass shelf, rak barang2 sabun & shampo, hanger for door.. Ada yang kena beli 3 pieces sebab nak lengkapkan untuk 3 bilik air nanti..

Pastu aku beli lak set cawan yang murah2 tapi cantik.. hehe.. Beli sebab nak raya okayy.. Kat IKEA ni barang2 dia memang jual betul2 ikut part.. Sampaikan screw pun kena beli asing.. Tu yang kat dalam box kaler oren tu, screw2 untuk gantung alatan toilet aku nanti.. Campur lak dengan rail kat kitchen dan macam2 lagi accessories la..

Untuk kembar ni aku belikan lampu hiasan bilik diorang nanti.. Tuuu.. dah peluk sorang satu dah punnn.. hahah.. Selain tu, ada jugak hiasan gantung kat dinding untuk letak barang2 mainan diorang.. Sangaaaatt la cantik dan cute..

Nie pulak cadar untuk kembar.. Katil dan wardrobe diorang pun aku plan nak beli kat IKEA.. Tapi dah habis stok.. So, next time kena datang lagi laaa.. ^_^

Yang kat atas ni table lamp untuk bilik aku dan hubby... Tengok harga dia macam okay jer, terus la aku merembat dua bendalah ni..

Mentol kena beli asing tauu.. Semua lampu2 dia jual asing dengan mentol..

Nie lak cermin hiasan kat dining hall.. Mula2 plan nak beli cermin besar.. Alih2 jumpa cermin petak2 camni.. Terus beli jerla sebab murah.. Kitorang beli 7 set (setiap set ada 4 pieces) .. Tak taulaaa camna En. Hubby nak tampal cermin2 ni satu persatu kat dinding nanti.. Tak jadi kang, siap la dia... kuikui..

Set cawan2 dan mug pun aku beriya beli.. hahar.. Aku bagi alasan nak pakai raya nanti.. Mug kat atas ni murah jer.. RM2.90.. Aku beli 6 pieces,, Aku target nak beli yang kaler hitam jugak, tapi bila gi IKEA cuma ada kaler putih jekkk.. huhuhu..

Banyak lagi nak dibeli kat IKEA ni.. Tapi semuanya barang2 besar.. Tak taula muat ker tak nak masuk dalam kereta nanti.. Penat wooo shopping kat IKEA ni.. Sakit2 badan aku tidur malam tu.. kehkeh..

4 comments:

Zaila Mohamad said...

salam kenal,

zaila pon suka ke IKEA, elok sangatlah beli brg2 nk masuk rumah baru bila time sale;)

jom exchange link;)

www.zailabinimdae.blogspot.com

Iena Norie said...

salam zaila...
memang best gi IKEA.. mcm2 ada..
dah dpat link zaila.. keep in touch k.. ^_^

Anonymous said...

terima kasih ya ibu atas info tentang kehidupan keluarga bahagia...salam kenal...

Rizziela said...

bestnya dpt shoping kat ikea