Tuesday, December 21, 2010

Holiday @ Cameron Highland

Spanjang 31 tahun usia aku ni, inilah pertama kali aku dpt jejakkan kaki ke Cameron Highland.. Bukannya apa, asyik terpikir, best ke holiday kat situ.. aku ni jenis cepat mabuk kalau travel jauh2.. apatahlagi kalau jalannya beribu2 selekoh.. Hubby pun tak berapa minat nak pegi.. tpi setelah 4 tahun memujuk dia, tahun ni berjaya jugak kami ke sana..


Ni masa baru sampai ke Cameron.. Tengokla muka kembar dua org tu.. si kakak dah muntah dalam kereta.. adik pulak bad mood sbb mabuk agaknya.. Perjalanan kami ikut Simpang Pulai, jadi inilah tempat persinggahan kami yang pertama.. Bharat Tea Plantation..



Lepas bergambar kat ladang teh, terus gi minum2 di tea house sebelah ladang teh tu jer.. Nielah aktiviti kegemaran ibu mengandung cam aku nih.. MAKAN.. aku siap dah senaraikan beberapa jenis makanan yg aku nak makan kat Cameron Highland ni.. Hubby layankan jer.. hehe..


Scones.. Antara menu yang aku mengidam kat Cameron ni.. mmm.. teringin plak nak makan lagi.. huhu..
Lepas minum teh dan makan2, kami terus ke hotel.. Dah booking awal2 lagi Hotel Century Pines Resort.. So, malas nak pusing2 dulu, kami terus ke hotel.

Niela lobby Hotel Century Pines.. Pada aku hotel ni ok dan selesa.. Harga dia memang mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan hotel @ apartment lain kat CH ni.. Tapi aku suka kalau tempat aku nak tidur tu selesa sikit.. heheh..

Ni lah bilik hotel kami di Century Pines.. Ok sebab bilik besar dan katil pun besar.. Anak-anak suka dpt main lari2 dalam bilik..


HARI KEDUA di CH, kami plan nak ke Taman Agroteknologi Mardi.. So, lepas breakfast di hotel, kami terus gerak ke sana.. sampai dalam pukul 11 pagi.. CH ni takdela sejuk mana pun... kalau pukul 10 pagi tu rsa jugak terik mataharinya.. tpi kebetulan kitorang pegi masa musim hujan.. Jadi kurangla rsa panas.. tpi tak sejuk pun.. hehe..




Sempat jugak anak2 aku ni main dulu kat Mardi ni.. terpksa tunggu diorang main dulu..

Shoping sikit-sikit kat Mardi..



Lepas jalan2 kat Mardi, kami terus balik ke hotel dulu.. Kalau jalan dengan anak2, camni la jadinya.. Si kakak dah meragam mngantuk nak tidur.. SO, kitorang balik hotel dan semua sekali bantai tidur..

Petangnya, memandangkan aku ni teringin nak mkn segala dessert berkaitan dgn strawberry, kitorang terus pergi ke Big Red Strawberry Farm.. Memang tak nampak farm ni kat tepi jalan.. sib baik aku ada bawak info pasal farm ni dan terus cari tempatnya..

Ni adik posing kat papan iklan Big Red Strawberry Farm.. Ntah knapa anak2 aku petang tu jadi excited sgt dan diorang nampak happy jalan2 kat situ..




Hamik ko.. semua dessert yang aku order.. hikhik.. Memandangkan semua aku nak rasa, jadi beli jerla semua.. Strawberry sundae, strawberry milk shake, strawberry waffle dan aiskrim goreng strawberry.. Sedap betul...


lepas makan2, round kejap kat situ.. sempatla membeli strawberry sikit (tu pun tak abis.. berkulat kat p.ais), beli kaktus.. saje nk wat kenang2an.. padahal tak pernah berminat pun dgn tanam2an ni... hehe..

Kami tak pergi byk tempat pun.. anak2 mcm mabuk jek bila naik kereta.. Aku ni pun boleh tahan mabuk jgk jalan pusing2 camtu.. Sudahnya, kami lepak jer dlm bilik hotel..

HARI KETIGA, dah nak bertolak balik KL. Aku and hubby dah pakat nak gerak ikut Tapah. Kitorang sempat singgah lagi kat Cameron Valley Tea House kat Tanah Rata tu sebelum balik.. Dapatla aku makan lagi scones, strawberry cheese cake dan minum2 teh..

Best betul bila bab makan2 ni... hehe..

Pemandangan Bharat Tea Plantation dari tea house..



Sempat shoping sikit2 kat situ.. Then terus balik ke KL. Mmg dah plan nak gerak dalam pukul 1 tghari.. Sebab tu waktu anak2 aku tidur. Nasib baik diorang tidur nyenyak sampaila kat Tapah.. kalau diorang berjaga, ntah brapa kali muntah agaknya.. mencabar betul jln CH-Tapah tu..

2 comments:

Walangkopok said...

Nak pakai keta sport kat CH nih. Nanti abg bole layan konar!

Hannani Hadif said...

menarik...tahun lepas pon tidur kat century pines..tapi cuaca agak panas..terpaksa bukan tingkap luas2