Saturday, December 18, 2010

Si Kembar


Inilah kembar kesayanganku... Dilahirkan pada 13 ogos 2008 secara pembedahan sewaktu kandungan berusia 36 minggu. Waktu tu rasa lega sgt sbb dah penat nak bawak perut yang amat besar tu..


Kami kembar tidak seiras!!! Lihatlah bezanya muka anak-anakku. Si kakak lebih tinggi, kurus dan berambut lurus. Si adik pulak rendah sedikit, badan berisi dan rambutnya nipis. Perangai masing2 jauh berbeza... dari baby hinggalah skarang, perangai diorang bertukar2.. Mama dia yang pening nak melayan...



Kakak- Qistina Ardini dan adik- Qistina Irdina.. Nama yg akhirnya kami beri utk anak2 kembar ni.. Tapi si kembar ni tak tau pun nama diorang sbb mama and ayah dia panggil 'kakak dan adik' jek.. Masa baby, kalau jalan2 org masih tahu diorang kembar. Tapi skrg kalau keluar jln2, org teragak2 nk tanya kembar sbb muka diorang mmg lain sgt.. hehe..



Nie la kakak.. Sangat cergas.. suka main.. Suka rebut barang dengan adik.. paling manja dengan mama.. Bukan sengaja nak melebihkan kasih utk dia, tpi mmg sejak baby, kakakla yang paling kerap sakit.. Laryngomalacia, ekzema, selalu demam.. Mmg kakak byk sakit berbanding adik.. Kesian anak mama.. Mama banyak habiskan masa dengan kakak berbanding adik.. Sampai skrg pun, kakak dah terbiasa lebih manja dengan mama..



Ni pulak si adik.. manja dengan ayah.. Kiranya anak ayah la ni. Sensitif berbanding kakak. Banyak berfikir. Selalu mengalah.. Kuat menangis.. Kalau adik nangis, satu taman agaknya boleh dengar dia jerit. Masa baby muka dia macam cina sbb mata sepet.. dah besar sikit skrg barula nampak mcm anak melayu.. hehe.. Adik jauh lebih sihat berbanding kakak.. Alhamdulillah. tapi kedua2 kembar ni mmg penakut dgn orang.. Tak kirala atuk or nenek, makcik or pakcik, apatahlagi kalau org asing yg tegur diorang.. melalak tak berhenti2 la jawabnya.. Sekarang ni, dah dua tahun 4 bulan, dah mula kurang takut dgn org2 lain.

Nie pulak gambar kembar masa kecil..




No comments: