Monday, June 18, 2012

TiBa-TiBa MiNaT NaK BerCuCuK TaNaM

Sejak dua menjak nie, aku terasa dah sampai masanya aku cuba bercucuk tanam pulak!! Minat tu tiba2 jek muncul... Agaknyer sebab laman rumah aku dah jadi semak kot... Maluuuuu weii.. Tengok rumah jiran2 lain, bukan main rimbun pokok-pokok yang diorang tanam. Rumah kitorang lak rimbun dengan semak-samun!!! Hadoiii laaa...

Setelah berhari-hari aku memikirkan apa nak buat dan macammana nak buat sambil menggoogle apa-apa info yang patut, akhirnya aku membeli jugak pokok-pokok tanaman dan pasu-pasu bunga yang selama nie aku tak pernah fikir nak buat... Rasanya dah dapat hobi baru dah aku nie... Kurang laaa aktiviti karaoke kitorang lepas nie.. Kehkehkeh...

Nie laaa pasu dan pokok-pokok yang aku dapat beli siang tadi... Serius aku memang tak tau ntah apa2 jenis pokok yang ada kat nursery tue.. Aku beli ikut sesuka hati jek.. Muahhahahaa... Nak beli tanah berapa banyak pun aku tanya pekerja kat nursery tu.. Memang zero betul pengetahuan sedia ada aku pasal tanam pokok nie... Adehh laaa...

Sebelum kerja-kerja memindah pokok ke dalam pasu...

Yang kat atas ni, aku nak tanam kat sepanjang pagar tepi rumah aku.. Siap beli rumput karpet tue!!!! Wahhhh... Hidup ker tak yer rumput tu nanti....

Dah lambat masa sampai rumah petang tadi.. Tak sempat nak tanam rumput ni.. So, letak jer laaa kat sini dulu... En. Suami saya tue tak larat nak mencangkul lama-lama!!! Siannyer......

Batu nie pun aku beli jugak... Beli 3 keping jek.. Sesaja nak tambah hiasan celah rumput tue.. Padahal tanah tu sekangkang anak kera jek!!! Muahhahahaaa...

Nie tanah yang dibeli sekali...

Haaiiihhh... Jadi ker tak projek rumput rumah kitorang nie....

Pokok-pokok tanaman yang aku dah siapkan petang tadi... ^_^
Moga tumbuh dengan subur laaaa pokok-pokok ku sekalian.......
Jangan lunturkan semangat aku yang baru nak berjinak2 dengan aktiviti nie yerrrr... Sekian..
Heheheheheheeee...

5 comments:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya said...

wahhh,,, semangat sungguh. Caiyokkkk,,, suka tengok pasu tu,, lawa coraknyer,, mula-mula memanglah penat, tapi bila tengok result dia ,,hilang terus penat tu semua kan..

MommyIZZ5 said...

cantiknya pasu tu...teruskan semangat anda yer ^_^

Anonymous said...

pasti cntik nti...eh try la tanaman yg boleh dimakan..tentu lg seronok..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Kaseh Kamila said...

Ni lg ok kot banding simen semua..Bercucuk tanam ni pun best..:)