Wednesday, January 9, 2013

AlmoNd CLusTer

Memandangkan aku dah berazam nak rajin apdet blog, kena jugaklaaa aku buat entry kali ni.. Padahal takde yang menarik nak kongsi.. Lagipun keje tengah banyak nie...

Aku dalam fasa nak menyesuaikan diri dengan perubahan besar dalam hidup aku sekarang nie.. huhuhuuu.. Aku bertukar tempat kerja, jumpa kawan2 baru, persekitaran dan budaya kerja yang baru.. Tambah pulak bertukar masa kerja dan kena uruskan anak2 yang dah mula ke tadika sekarang ni.. Yang buat aku rasa lega sikit ialah semua perkara2 baru tu berlaku dalam area rumah aku jer.. Tak ada lagi perjalanan jauh setiap hari mcm dulu2... Legaaaaa...

Kali ni nak share aktiviti main masak2 aku weekend lepas.. Tiba2 terajin nak buat almond cluster.. Tak susah pun buatnya.. Sebab tu aku rajin nak buat.. hehehe.. Walaupun bukan musim raya, tak kisahlah.. Dapat jugak kitorang jadikan kudapan kat rumah nie..

Bahan-bahannya sangat laaa mudah.. Cuma guna almond, bubble rice, coklat masakan & paper cup.. Coklat aku pakai jenis yang macam dalam gambar tu.. Sedap!!!

Mula2, almond tu kenalaa disangai dulu.. Aku masukkan dalam oven jer..

 Then, cairkan coklat masakan..
 
Kemudian campurkan jer semua almond & bubble rice tadi dalam coklat tu.. Lepas tu terusla masukkan dalam paper cup kecik.. Jangan buat lambat2 lak yer.. Takut coklat mengeras lak...

Bila dah siap masukkan dlm paper cup, hiaslaaa dengan coklat putih.. Tak yahlaaa gelakkan corak yang aku buat tu yer... Biasalaaa.. Bila orang tangan kidal cuba guna tangan kanan.. kikikihhh...

Sejukkan kejap dalam peti ais lebih kurang 3 minit jer.. Pastu, sila laaa makan!!! Sedap bangat tau!!!

Tetiba lakk aku jadi blogger masakan... Muahhahahaaa...

2 comments:

CeqGu said...

suka suka sukaaaaa.....senang dan nampak sodapp...bleh try ni ...mesti firas suka.....

psssttt :biar cantik ke tak, yg penting itulah seni kikiki

CeqGu said...

bila nak hapdet belog ni hehehe....