Monday, December 31, 2012

Cuti2 PeNanG 2012

 Punyalaaaa lama nak kongsi kisah percutian kitorang kali ni... huhuhu... Lepas sebulan lebih, baru ada masa nak share citer nie... Dah lapuk dah weiiii...

Tak kisahlaaa... Aku share jugaklaa serba sikit tentang cuti2 Malaysia kitorang tahun 2012 ni.. Kami ke Penang.. Tempat yang belum pernah kitorang jelajah lagi.. Aku ni memang tak pernah ke utara lagi tau!!! Kesian kannn... Dah tua2 gini baru laaaa gigih nak berjalan ke sana.. Kihkihkih...

Tak dapat nak bercerita panjang.. Percutian kali ni tak berapa nak meriah laaa... Aku memang jenis tak suka travel jauh2 sangat... Cepat hilang mood dan badan aku mmg cepat penat.. So, aktiviti memang tak banyak.. Merancang jer lebih, tapi tak buat pun... Suci pulak bleh kena cirit-birit lak.. Makin tak seronok laaa jadinya holiday kali nie...

Nak dijadikan cerita pulak........ Kamera pulak buat hal... Abis bateri... Adoiiilaaaa... jadi gambar kami sangatlaaa terhadnya... Hapehape jerlaaaa aku ni...

Dalam perjalanan ke utara...
First time melalui Jambatan Pulau Pinang..


Sampai2 jer, terus tuju ke hotel... Malas nak meround dulu.. Letih badan ni dok dalam kereta lelama...
Kami stay hotel Golden Sands Resort di Feringghi....
Bilik memang cantik... Sukaaa sangat!!
Tak dapat nak amik bilik besar2, budget banyak tu jerr.. heheh.. So, kitorang request extra bed utk budak2..












Malam tu kitorang plan nak gi cari nasi kandar... Tapi si Suci meragam lakk.. Last2 kitorang pusing2 bandar Penang dengan kereta jer.. Yang buat hilang mood tu, Feringghi ni jauh sikit dari bandar.. Pening kepala aku ikut jalan berpusing2 tepi laut.. huhuhu...
Sudahnya, dapat jugaklaaaa hubby beli nasi kandar beratur yang femes sangat tu... Kitorang tapau jerlaaa.. Letih nak berangkut anak beranak makan situ.. Kedai dia bukak 10 malam.. Hmmmm... rosak diet aku makan nasi kandar malam2 buta...
Rasa dia???? Pada aku bolehlaaaaa.. Tapi kalau gi lain kali, aku beli nasi kandar tempat lain la pulak kot.. hehe.. Lagipun tekak aku dah biasa dengan nasi kandar yang mabelesss dekat dgn umah aku ni haaa,, Takyah laaa nak ke Penang jauh2 makan nasi kandar lagi pasni,.. kat Kajang pun dah best sangat dah!!! Muahhahahaaa..
Hari kedua kitorang round2 bandar Penang lagi.. Pun takde mood nak merayap... Kitorang tak biasa dengan keadaan jalan kat Penang nie.. Tempat parking pun macam susah nak jumpa.. Kalau nak menapak jauh2 memang tak kuasalaaa aku.. Kan anak aku tak sihat.. Malas aku menyusah2kan diri.. Habis gitu jerrr angan2 aku nak gi Rumah P Ramlee.. Kitorang singgah Komtar jerlaaa buat syarat... Pun, rasa tak best.... Hmmmmmm...
Sudahnya, kitorang balik hotel, dan petang tu lepak mandi kolam dan pantai... Anak2 aku sangatlaaa enjoy mandi kolam kat sini... Okaylaaa tu..
Gambar kat pantai langsung tak dapat snap... Kamera aku dah takde bateri...Hotel ni ada private beach... tapi meriah dengan mcm2 aktiviti..Pantai dia sangat okayyyy...
Malam kedua di hotel, kami decide dinner di hotel jer laaaa.. Memangla Penang tu famous dengan macam2 makanan, tapi kami yang beranak2 kecil ni, tak dapat nak ikut sangat semua tu.. Sudahnya kami makan buffet dinner jerlaaa kat hotel...
Makanan kat sini ok jerlaaa.. Yang penting dapat makan macam2...
Yang paling aku suka dessert dia... Cheese cake byk pilihan & sedap lak tu.. Sangatlaaaa sukerrrr...
Lepas makan, lepak2 lobby hotel...




Lepas lepak2 lobby, tergerak lak hati nak meround Feringghi Night Market... Depan hotel jer dah jumpa dah gerai2 ni... Gerai2 ni banyak memanjang area Feringghi.. Tapi depan hotel aku ni dah kira hujung2 dia laaaa.. Dapat gak cuci mata tengok barang2...


Kitorang merasa jugaklaaa makan mee udang Sg. Dua.. Gambar takde la plak... huhu... Char kuew teow & pasembor tak sempat nak makan... huhu... Ada ker patut dah sampai Penang tak makan semua tue??? Hmmmmm... takpela kot.. Maybe next time...
Dalam perjalanan balik Kajang, sempatlaaa singgah beli buah2 kat RnR Tapah... Meriah betul gerai buah2 kat situ... Tapi harga mak oiii boleh tahan gak...

Tue jerlaaa nak cerita pasal percutian 2012 yang dah lapuk nie haaaa... Sekian....

5 comments:

CeqGu said...

nampak hotel tu macam best jer...ok tak stay kat situ?

Iena Norie said...

ceqgu.. mmg best sgt hotel tu... kalau tgk review kat online pun semua ok sgt... Tambah pulak pantai dia pun cantik & bersih... pool pun best...

CeqGu said...

ooo bleh try ni heheh

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.