Wednesday, December 12, 2012

FeNoMeNa FaReeDa

Dengan berkembang pesatnya kecanggihan IT zaman sekarang ni, aku rasa wanita2 mcm aku ni, semakin kemaruk bershopping... Semuanya hanya di hujung jariiiiiiii .... huhuhuuuuuu.. En. Suami aku tu pun makin bising setiapkali En. Pos Laju menziarahi rumah kitorang.... Huahuahua!!!

Nak dijadikan cerita, tudung Fareeda yang popular sangat sekarang ni pun dah jadi tudung idaman kalbu aku nie haaaaa.. Sebelum ni tak kisah mana pun... Tapi dah asyik tengok hari2 kat internet gambar tudung Fareeda yang gojes2 tue, akhirnya aku pun TERRRRR order laaa tudung tu.. Lepas tu, macam ada jampi serapah kat tudung tu, buat orang tak tidur malam memikirkan nak dapatkan lebih banyak lagi tudung Fareeda utk jadi koleksi peribadi yang glamour kekononnya...

Sebab tue lah orang ramai sanggup beratur panjang dekat butik Fareeda bandar Baru Bangi semata2 untuk beli tudung.. Kalau yang biasa dengan internet memang tahu fenomena nie.. Wanita2 yang macam taksub sesangat sanggup buat apa saja utk dapatkan tudung nie... Ada yang beratur seawal jam 8 malam semata2 nak jadi pelanggan terawal butik yang akan dibuka pada jam 11 pagi keesokan harinya!!! Tak ke haru....

Memandangkan aku tengah bercuti panjang ni, teringin nak beli sendiri kat butik.. Tapi tak berani pergi weekend sbb sure beratur dari malam lagi.. So, aku pergi hari kerja.. Kena ambil nombor yer puan2... Kaunter nombor dibuka jam 10 pagi masa tu, so aku pun pegi laa ambik tepat2 jam 10 pagi.. Dapat no. 63.. Butik dibuka jam 2 petang, so kena datang balik..

Pukul 2 petang, aku dah sampai butik.. Kena laaa tunggu giliran no. kita dipanggil.. masa tu diorang bagi 20 org sekali masuk.. So, no 63 takde laaa tunggu lama pun... Bila masuk dalam tu, beratur lagi, sampaila diorang lepaskan kitorang masuk terus utk pilih2 tudung.. Limit 3 helai tudung 3 layer jer tau.. Tue pun dalam tempoh sepuluh minit.. Lepas tu diorang start jerit.. "Sila buat pembayaran!!!!"

First time pergi jualan mashyur tue, dapatlaa grab 2 tudung.. Tapi bukan kaler yang aku harapkan.. Susah nak dapat kaler yg kita nak sbb ikut stok yg diorang ada hari tu..

Sejak 2hb lepas diorang keluarkan pulak tudung printed sweetlove yang cantik2.. Harga masyhur pulak tue.. RM140.. hadoiiiyaiii.. Aku tak dapat nak pegi butik, so beli online jer... tapi reseller2 Fareeda ni markup harga melambung2 dari harga masyhur tue.. Tapi aku beli jugak!! huhuhu.. sedeyyyy..
Tudung Fareeda Sweet Love yang terbaru...
 
So, nak mengubat sedih di hati, aku pun gigih laaaa pergi butik sensorang masa hari Jumaat lepas, nak ambil no.. Kaunter bukak pukul 9 pagi, aku lakk sampai kol 9.50 pagi... so, inilaaaaa hasilnyaaaaa...

Tak pergi laaa aku dek non..... Takde sempatnya no. aku nak sampai kalau butik bukak jam 2 -8 mlm jer... Huwaaaaaa... Sedihhhh lagik!!!!

Setakat 2 ke 3 bulan aku mula berfareeda, ini jer laaaa koleksi yang sempat aku dapatkan.. Sok rasa macam nak pergi butik Fareeda lagi laaaa... hehehe....

1 comment:

pintu hatiku said...

saya ada jual tudung ni kak..